Sebut sahaja voodoo, juga dipanggil vodou / voudon, pasti sahaja imej anak patung dicucuk pin dan zombie bermain di fikiran. Praktis sebenar voodoo telah banyak terhakis oleh penyalahgunaan imejnya oleh pop culture dan filem-filem Hollywood.
|
www.google.com/voodoo-movie |
Asal usul voodoo tidak diketahui secara spesifik, namun ia dipercayai berakar umbi di Benin, Afrika Barat. Nama voodoo itu sendiri bermakna 'roh' dalam bahasa lokal Fon. Voodoo merupakan tradisi kuno penyembahan nenek moyang, diadunkan dengan kepercayaan animisme. Namun begitu, voodoo yang diamalkan hari ini dilahirkan dari aktiviti perdagangan hamba abdi Afrika dari abad ke 16 hingga 19.
|
www.google.com/african-voodoo |
Ada juga teori yang mengatakan voodoo berasal dari Hindi Barat sewaktu era kolonial Perancis dan masih diamalkan di Haiti. Voodoo berkembang di Haiti dengan kemasukan hamba abdi dari Afrika di abad ke 17. Haiti yang agak terpencil dari perspektif sejarah membolehkan voodoo berkembang dengan tradisi, kepercayaan dan tuhan-tuhannya yang unik.
|
www.google.com/voodoo-rituals-in-africa |
Hamba-hamba abdi yang datang dari sepelusuk. Afrika, walaupun berbeza budaya, masih mengamalkan kepercayaan yang sama iaitu penyembahan leluhur, menyanyi, bergendang dan menari sewaktu upacara keagamaan dan keupayaan dirasuk oleh roh-roh. Masyarakat Afrika berbilang bangsa dan budaya yang berkumpul di Haiti ini kemudiannya berkongsi kepercayaan, menyerap tradisi dan tuhan-tuhan yang dilihat lebih berkuasa.
|
www.google.com/voodoo-rituals-in-africa |
Pengaruh dari populasi native Indian yang menetap di Haiti juga diintegrasikan ke dalam kepercayaan voodoo mereka yang 'baru'. Kebanyakan hamba abdi Afrika menganggap tradisi kerohanian voodoo ini sebagai sumber kekuatan mental dan emosi untuk mengharungi kesukaran hidup.
|
www.google.com/voodoo-history |
No comments:
Post a Comment