Sunday, August 26, 2018

KUCIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Entri kalini pula adalah pasal kucing, walaupun saya tak bela kucing tapi saya amat gemar dengan kucing.Saya akan tunjukkan beberapa jenis sahaja kucing kerana terdapat sangat banyak jenis kucing sehingga mencecah 50 jenis.Ini adalah yang menjadi tarikan rakyat Malaysia.

Kucing Kampung
Paling popular antara pilihan penggemar kucing kerana senang didapati dan mudah penjagaan mereka. kucing ini bersifat lasak dan berdikari serta bijak. selain itu pengendalian kucing kampung dari segi penjagaan rawatan dan makanan amat murah kerana kucing ini bersifat mempertahankan diri dan pandai berdikari
Sumber:https://www.tipsmerawatkucing.com/2017/05/kelebihan-kucing-kampung-jika-di-pelihara.html

British Shorthair
Kucing ini berbadan serderhana dan berbulu pendek rapat rapat seperti karpet. Asalnya kucing ini menjadi pilihan kerana sifat dan kepakaran ia berburu sangat hebat dan lebih dikenali sebagai kucing rumah untuk memburu tikus. kucing ini sangat bijak namun begitu tidak begitu manja. Pada pembela kucing baka ini harus mengawal pemakanan kucing ini kerana kebarangkalian kucing ini untuk obes sangat tinggi. jadi hati hati mereka memang senang menjadi bulat!!

Sumber:https://www.petful.com/cat-breeds/british-shorthair/
Maine Coon
Kucing Maine Coon adalah kucing paling popular di dunia mungkin kerana size kucing ini boleh menjadi sangat besar dan berat boleh mencecah 7kg ke 12kg. Ekor kucing ini juga panjang dan bulunya tebal,  tekstur bulu dan bulu di sekitar leher yang menyerupai singa. Walaupun rupa kucing ini agak garang tapi anda perlu tahu kucing ini sangat manja dan senang bergaul.
Sumber:https://www.prestigeanimalhospital.com/services/cats/breeds/maine-coon

Ragdoll
Kucing Ragdoll ini merupakan jenis kucing berbadan besar, yang mempunyai dada lebar. Kucing jenis ragdoll memiliki kepribadian yang cukup baik di antara kucing lain. Ragdoll memiliki suara yang lembut, bersahabat, manja , tidak suka mengganggu siapa saja dan suka bermain (aktif). Kucing jenis raggdol sangat mudah di latih untuk di jadikan teman bermain. Ragdoll dikenali sebagai kucing yang mahal dan harga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. 

Sumber:https://www.catster.com/cats-101/about-the-ragdoll-cat
Munchkin
Munchkin adalah senis kucing yang berkaki pendek. Namun begitu tidak menganggu untuk mereka berjalan dan melompat serta aktif seperti kucing kucing jenis lain. kucing ini sangat manja dan peramah dan menjadi pilihan kanak kanak untuk bermain dengan mereka. kucing munchkin agak cerewet dan suka menarik perhatian tuannya. dengan rupa fizikal yang unik dan comel membuatkan baka ini menjadi pilihan ramai tetapi harga kucing ini agak tinggi. 



Sumber:http://www.vetstreet.com/cats/munchkin

sumber rujukan:http://pencinta-kucingmalaysia.blogspot.com/2017/04/6-jenis-kucing-paling-popular-di.html



No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...