Sunday, August 26, 2018

CAPTAIN BARBAROSSA

Raja Lautan

Pada abad ke-15 Masihi,di laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers.Kedua dua tokoh ini menjadi lagenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zaman itu.Kebiasaannya ialah merampas barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean.Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan:

"mati kerana melawan atau hidup kerana menyerah secara sukarela"

Barbarossa bukanlah sebuah nama tetapi ia merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber(janggut) dan rossa(merah)..Barbarossa adalah gelaran yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki.

Pada suatu hari tanpa sebab yg jelas kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes.Dalam peristiwa itu,adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh.Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.sejak saat mereka melakukan aksi lanun kepada setiap kapal kapal tentera milik kerajaan kristian..

PERJUANGAN JIHAD BARBAROSSA
Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan bangsa Moor,mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu umat Islam dari Sepanyol ke Afrika Utara.Kemudian mereka menubuhkan pengkalan laut dia Algeria utk menghalang serangan Pasukan Salib dari Jalur Afrika Utara ke Tanah Suci Palestin..
Khalifah Islam ketika itu ialah Sulaiman 1,
Sulaiman I sangat kagum pada heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang amburadul.














No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...