Sunday, August 26, 2018

Hidup untuk makan

Siapa yang tak pernah makan nasi kandar?Mesti kebanyakkan orang pernah merasai nikmatnya nasi kandar.Jadi pada kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang 3 port nasi kandar yang sangat tip top di Penang mengikut pengalaman saya.

1.Nasi Kandar Deen Maju

                                         (google image)

Nasi Kandar Deen Maju adalah sebuah kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara di George Town, Pulau Pinang. Ia berada di bahagian Jalan Gurdwara antaraLebuh Macallum dengan Lebuh Katz. Kedai nasi kandar ini terletak bertentangan simpang ke Jalan Kampung Jawa Baru. Ia dibuka pada setiap hari dari 2:30pm hingga 11.30pm.Merupakan kedai yang sangat legend dalam kalangan peminat nasi kandar.Kebiasaannya anda perlu untuk beratur selama setengah jam atau 1 jam untuk mendapatkan nasi kandar anda kerana orang yang sangat ram ai disini.




                                                  (google image)

Nasi kandar lauk ayam goreng,sotong,telur masin dan bendi merupan lauk wajib kalau pekena nasi kandar.

2.Nasi Kandar Line Clear
(google image)



Merupakan salah satu nasi kandar yang tertua dan termahsyur di Pulau Pinang.Line Clear telah beroperasi sejak 1930. Ia dibuka 24 jam sehari. Masa paling baik untuk menikmatinya, agar tidak terlampau sesak, adalah pada sebelah awal petang. Masa itu, tempat ini benar-benar "line clear". Tetapi, kalau nasi kandar terasa lebih sedap kalau terpaksa beratur panjang, maka pergilah ke Line Clear lebih kurang tengah malam. Itulah masanya kutu embun Pulau Pinang muncul merayau.

(google image)



Makan nasi kandar dengan member2 lepas main futsal malam malam perghhhh memang inilah nikmat dunia


3.Nasi Kandar Imigresen

(google image)


Terletak di Lorong Pasar,Georgetown,kedai ini dibuka dari jam 10.30 pagi sehingga 9.30 malam dan tutup setiap hari Jumaat.

(google image)


Lagi banyak kuah banjir,lagi sedap nasi kandar:)

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...