Sunday, August 26, 2018

TAMIYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Okay kalini saya akan memberitahu serba sedikit tentang tamiya.Tamiya merupakan produk kereta mainan keluaran Jepun yang pesat dimainkan oleh semua orang termasuklah di Malaysia tidak mengira usia yang masih muda ataupun sudah lanjut.Kereta tamiya ini boleh diubahsuai di bahagian motornya,tayarnya,badannya dan lain-lain untuk menjadikannya lebih laju.Ia juga boleh diletakkan lampu untuk kelihatan menarik.Biasanya,tamiya ini dimain dengan cara melawan masa ataupun perlumbaan.Walaupun tamiya ini hanyalah kereta mainan yang kecik,harga untuk membeli tamiya ini amatlah mahal sehinggakan ada yang sampai rm1000.Jadi,tamiya ini bukanlah mainan yang dianggap remeh dan ada peringkat-peringkatnya contohnya peringkat antara daerah,negeri mahupun global.Abang saya sendiri pernah mewakili daerah Sabak Bernam ketika menentang Shah Alam.Di sini saya sertakan sedikit gambar bagi yang tidak mengetahui.:)

Sumber:https://www.ebay.com/p/Tamiya-19408-Beak-Spider-1-32-Mini-4wd-Chassis/1128954101

Sumber:http://www.rcmart.com/tamiya-58654-ta02s-lancia-rally-p-76977.html?cPath=420_1982

Sumber:https://www.lelong.com.my/tamiya-mini-4wd-19417-cyclone-magnum-trf-samuderatrading-202161712-2019-03-Sale-P.htm



Sumber:https://www.amazon.com/Tamiya-Victory-Magnum-19406-Construction/dp/B00061H0QK

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...