Friday, August 24, 2018

Histeria di Sri Pimpin

Histeria merupakan keadaan dimana seseorang tidak sedarkan diri disebabkn ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk atau pun kepercayaan orang tua-tua,ianya
kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.Kadang kala ,mereka juga  dipercayai dirasuk atau pun dimasuki oleh jin.

http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/08/16/hantu-kak-limah/~/media/77b934eb98984296b50651e4f24987c5.ashx?h=600&la=en&w=900




Assalamualaikum,so harini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku menghadapi histeria ini.
Pengalaman ini aku dapat time aku tinggal dekat asrama sekolah aku,Asrama Seri Pimpin.Asrama aku terkenal dengan tempat yang keras kerana dipercayai tapak asrama sebelum ini adalah bekas kubur askar jepun. Sudah ramai guard yang mengawal pada malam hari melihat kelibatnya.Asram Aku ade 4 bangunan,paling hadapan ,Surau kemudian bangunan Aspura dan Aspuri dan diikuti Dewan Makan.Sudah banyak hal-hal ghaib berlaku di asrama ini,Nak diceritakn,ada sat pohon berhampiran dengan pagar asrama ini,tanah tersebut dibrsihkan untuk dibuat perumahan.Oleh Yang demikian,pokok-pokok, telah ditebang kecuali pokok gelang berhampiran dengan pagar asrama.Sdah banyak kali cuba namun masih tidak berjaya di tebang,dipercayai ada makhluk halus tinggal di pohon tersebut.
://www.google.com/search?q=momo&rlz=1C1CHZL_enMY809MY809&oq=momo&aqs


Aku ingat lagi,kejadian belaku pada tahun 2014 ,semasa aku form 3,time tu aku berjawatan sebagai ketua biro akademi.hahahaha.kejidian histeria pada tahun tu adalah yang paling teruk pernah berlaku di asrama aku itu.


Pada suatu malam,bulan march,aspura dan aspuri berkumpul di surau untuk tunaikan solat isyak dan mendengar sedikit teguran dan nasihat daripada warden selepas solat..Tengah asyik mendengar lenteran warden,tiba-tiba satu Dungun 'blackout' .pada waktu itu suasana dekat surau masih lagi terkawal .Tiba-tiba seorang pengawas aspuri melapor kepada Kapten lelaki,Azraie dan warden bahawa seorang pelajar perempuan menjerit di bangunan aspuri. Pelajar tersebut tidak datang kesurau kerana demam.
https://goo.gl/images/8r7yNH

Selepas itu,tanpa berfikir panjang Azraie pun menyuruh kapten perempuan bawak pelajar ke surau.Selepas sampai pelajar tersebut,tiba-tiba pelajar-pelajar perempuan lain menjerit ketakutan kerana ternampak kelibat makhluk halus berbulu.Lalu suasana di surau bertukar menjadi kelam kabut.Dengan kuasa autonominya,Azraie pun menyuruh pelajar lain cuba bertenang,ingat pada tuhan dan membaca Surah Yassin. Dia juga menyuruh 4 orang pelajar lelaki yang boleh azan,Laungkan Azan di setiap penjuru surau.Saat pelajar tersebut melaungkan azan dalam keadaan ketakutan, makhluk halus tersebut menerpa kemuka pelajar tersebut menyebabkan mereka berhenti azan kerana ketakutan.Jumlah yang dirasuk semakin bertambah,dengan demikian , aku diminta oleh Azraie melaporkan kepada penyelia asrama supaya menghubungi ustaz yang boleh merawat pelajar histeria ini.Susana semakin parah.Cikgu-cikgu yang berdekatan bergegas ke asrama termasuk juga PK HEM,Cg Azlan bagi membantu warden mengawal keadaan.Hal ini kerana warden itu juga dikacau oleh makhluk tesebut menyebabkan dia ketakutan.Seramai 7 orang pelajar perempuan terkena histeria.Pelajar itu tak terkawal,menjerit dan marah-marah kepada kawan-kawannya yang cuba memegang dia supaya tidak merayau ke tempat lain.Saat paling aku tidak boleh lupakan adalah apabila pelajar yang dirasuk itu senyum sahaja dan gelak apabila bacaan ayat suci alquran dibaca kerana dibacanya dengan salah.



Selepas 1 jam menunggu,seorang Ustaz datang  dan terus cuba merawat pelajar-pelajar yng dirasuk tersebut.Pertama,ustaz itu menyuruh pelajar perempuan yang dirasuk itu diasingkan ke tempat lain kerana histeria boleh berjangkit,disebabkan boleh menyebabkan pelajar lain ketakutan lalu lemah semangat.Kemudian ustaz itu pun merawat pelajar-pelajar tersebut.
https://www.google.com/search?rlz=hantu pocong/

Hampir pukul 3 pagi,suasana kembali tenang.Pelajar perempuan tidur didalam surau kerana bimbang dikacau lagi jika tidur didalam bilik.Pelajar lelaki pula tidur di luar Surau dan sebahagian yang berani tidur di dalam bilik masing-masing.



Disebabkan kejadian tersebut keesokan harinya,pelajar -pelajar asrama pergi ke sekolah pada pukul 9 dan kebanyakan kelas tidak belajar kerana cikgu kesian kepada kami.



https://goo.gl/images/xcjcEA
Selepas kejadian ini,Pengetua sekolah telah mengambil inisiatif untuk 'memagar' asrama dari gangguan makhluk halus dan cuba bersih makhluk halus yang ada dia asrama .

Beberapa bulan kemudian,walaupun sudah 'dipagar' ,namun  masih ade lagi kejadian histeria berlaku.

Apa-apa pun aku beserah pada ilahi mungkin ape yang berlaku ini semuanya ade hikmah.Maaf kalau cerita ini hambar sebab aku ni bukan pandai sangat nak tulis ceruta cerita ini.okay. Setakat ini sahaja dahulu.cau luu ye...



No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...