Sunday, August 26, 2018

Belangkas(horseshoe crab)


Asalamualaikum!

     Jadi pada entri kali ini saya tergerak untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang salah satu hidupan laut yang boleh dikatakan agak sinonim bagi kita lebihan lagi bagi mereka yang hidup di kawasan berdekatan dengan perairan pantai iaitu belangkas. Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

google images.com
google images.com
 Kebiasannya bagi penduduk-penduduk kampung yang tinggal di kawasan perairan pantai mereka melihat belangkas ini sebagai salah satu haiwan laut yang boleh dijadikan dalam menu seharian mereka. Namun begitu, belangkas tidak pula sentiasa menampakkan diri di persisiran pantai kerana ianya hanya muncul pada masa-masa yang tertentu sahaja. Sinonimnya belangkas ini jika dijadikan sebagai menu santapan telurnya adalah bahagian yang paling diingini kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang kenyal. Dikatakan sedikit masin dan enak telurnya sering menjadi rebutan jika belangkas ditangkap.                           
google images.com



Dari sisi lain, belangkas atau nama saintifiknya tachypleus gigas bukan saja dianggap sebagai hidupan eksotik, tetapi spesies unik ini sebenarnya sudah wujud lebih 200 juta tahun serta mendahului dinosaur dengan fosil tertua kira-kira 475 juta tahun.
Haiwan daripada keluarga Limulidae ini hidup di laut dan paya air payau, malah agak unik apabila hidupan akuatik ini juga tergolong dalam kumpulan ‘arachnids’ iaitu labah-labah berikutan mempunyai sedikit persamaan pada bahagian kaki.
Secara fizikalnya, bentuk badannya seakan-akan topi besi digunakan tentera zaman dahulu dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam.
Malah, ia boleh mencapai saiz sehingga 51 sentimeter, selain anggotanya yang putus boleh tumbuh semula serta mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Tidak hairanlah, haiwan itu sangat bernilai tinggi dalam sektor perubatan berikutan bendalir terkandung dalam badannya boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin

google images.com



No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...