Sunday, August 26, 2018

Kisah Might Guy

 Seperti yang kita tahu dalam kisah Naruto, terdapat seorang watak yang berkening tebal yang bernama Might Guy. Might guy adalah seorang ninja yang paling tak pandai. Tak pandai dia tu bukan biasa-biasa, tapi sangatlah teruk sampai kena pulau dengar orang kampung Konoha.


Might Guy. Source: hero.wikia.com
Tetapi ayah Might Guy, iaitu Might Dai, mengajar anaknya supaya percaya pada kebolehan diri sendiri. Ketika Might Guy kecil, dia memang agak kecewa sebab tak dapat masuk akademi ninja.
Might Dai ajar anak dia supaya jadikan setiap tomahan orang itu sebagai orang ambil peduli pasal kita. Anggap ianya sebagai dorongan.

Might Guy sewaktu kanak-kanak. Source: narutopedia.com


Ayah dia tak pernah putus asa. Dan Might guy mula percaya pada diri sendiri. Daripada keyakinan itu telah melonjak usahanya yang ekstrim. Usahanya yang ekstrim itu telah membuatkan dia menjadi ninja yang paling kuat di dunia pada zamannya. Hokage ke-4 yang menyaksikan kebolehan tertinggi Might Guy cakap, Might guy ini lebih kuat daripada 5 kage bergabung.

Kuasa terkuat Might Guy. Source: narutopedia.com


Might Guy mula mengatasi rakannya sendiri, Hatake Kakashi yang dianggap sebagai genius. Ayah Kakashi pernah berkata "Kau kena hati-hati dengan budak ni. Nanti besar, dia akan jadi kuat"

Might Dai, bapa Mighy Guy. source: narutopedia.com

Oleh itu, kalau nak berjaya kenalah usaha. Orang yang berjaya tu orang yang berusaha. Buka  yang berbakat.

Nak berbakat, jadi orang yang berbakat dalam berusaha.



No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...