Monday, August 20, 2018

JOM BELAJO LOGHAT TERENGGANU


https://www.1dasia.com/tours/3d2n-pulau-sibu-free-easy-holiday-package_198
Assalamualaikum,kali ni abe(abang) nak ajar adik-adik, abang-abang dekat luar sana blajo(belajar) loghat terengganu sikit. Bukan ape,Abe tulis ni just nak senangkan Abe nok(nak) sembang dengan geng-geng(kawan) Abe.Sebab dieorang perangai cam sial sikit suke menganjingkan orang.Sabar je laa...So harap entry ni funtion laa.






Sebelum kita belajar loghat Terengganu, Abe rase kita perlu tahu tentang negeri Terengganu ni sikit. Terengganu mempunyai 7 daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Loghat Terengganu ada macam-macam jenis sebenarnya, orang di daerah Besut dan Setiu kebanyakannya menggunakan loghat Kelantan, orang Hulu Terengganu gunakan loghat mereka sendiri (yang ni saya sendiri pun tak faham sbb pekat sangat...) dan lain-lain daerah gunakan bahasa Terengganu biasa.
http://www.expatgo.com/my/destination-guide-terengganu



Disini Abe nak berkongsi serba sedikit loghat orang Terengganu ni sebelum kite pergi lebih mendalam lagi .Kot-kot la ada saeng(kawan) asal terengganu ajak sembang ke ataupun pergi melancong ke pulau-pulau Terengganu, mungkin ini dapat membantu.Actually,Bahasa terengganu ni ,kalau hujung perkataan dia ade huruf 'N' , automatik akan tambah huruf 'G'.Sebagai contoh MAKAN akan jadi MAKANG. Jangan kau pergi bedal semua perkataan tambah G' kalau aku dengar boleh ajak gaduh.hahahahahha.






so ni sedikit sebanyak loghat yang selalu guna

https://en.wikipedia.org/wiki/Terengganu_F.C._I

1. Nebbeng ⇒ Berlebihan/keterlaluan/ Over
(Eg: Mu ni nebeng guh ari ni ...= : Kau ni over sungguhlah hari ni)

2. Nano ⇒ Nakal
(Eg: Anok mu nano guh kat sekoloh = Anak kau nakal sungguh dekat sekolah)

3. Cak Duh ⇒ Sembarangan
(Eg: Bakpa mu buat keje cak duh ngat? = Kenapa kau buat kerja sambil lewa sangat?)

4. Gong ⇒ sombong/Eksen
(Eg: Mu le ning aku tengok gong sungguh ? = Kau sekarang ni  nampak sombong sangat?

5. Siyek ⇒ Koyak
(Eg: Bakpa mu siyek kertas soalang peksa tu? = Kenapa kau koyakkan kertas soalan periksa tu?)

6. Nembo ⇒ Blah/pergi/keluar
(Eg: Aku nok nembo jap, malah doh nak kije = Aku  nak keluar kejap, malas dah nak buat kerja)

7. Bising Bango ⇒ Teramat Bising
(Eg: Bakpelah jabat ni bising bango, pening pala dengo!! = Kenapalah pejabat ni bising sangat, pening kepala aku dibuatnya)

8. Lebong ⇒ Tipu
(Eg : Tadi mu lebong aku ye? = Tadi awak tipu saya ye?)

9. Puahsang ⇒ Bosan
(Eg: Aku rase puahsanglah, jom kite gi jalang = Aku rasa bosan lah , jom kita pergi jalan-jalan)

10. Berat Nanang ⇒ teramat berat/teruk sangat
(Eg; Bakpa mu berat nanang ngat?, meluat lak aku nengok = kenapa kau teruk sangat, meluat pulak aku tengok.

                                   http://www.azhan.co/5-artis-malaysia-yang-berasal-dari-terengganu/


Banyak lagi aku nak kongsi perkataan-perkataan terengganu ni,Tapi Abe ade hal pulok(pula) nok buat.So see you next time

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...