Monday, August 20, 2018

BOLA??

Bila berbicara mengenai bola sepak semestinya semua orang tahu tetapi tidak ramai yang tahu mengenai sejarah dan fakta bola sepak negara.Di sini saya akan kongsi dengan anda semua mengenai beberapa fakta bola sepak tempatan.

 PEMAIN YANG PERNAH BERAKSI DI LIGA MALAYSIA SETELAH BERAKSI DI PIALA DUNIA
  1. Kim Do-Heon (Korea Selatan 2006, Negeri Sembilan 2018)
    Kim Do-Heon banyak menghabiskan karier beliau dengan menyertai beberapa kelab di lama Liga utama Korea Selatan. Beliau pernah menyertai West Bromwich Albion untuk semusim sebelum pulang semula ke tanah air.Do-Heon sebenarnya merupakan salah seorang anggota skuad Korea Selatan ke Piala Dunia 2006, Jerman di bawah kendalian Dick Advocaat.
    Pada ketika itu Do-Heon bermain untuk Seongnam Ilhwa di Korea Selatan sendiri. Malangnya, beliau hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang kejohanan kerana beliau hanya menjadi back-up kepada Park Ji-Sung.
    sumber:semuanyabola.com
Jerry Palacios (Honduras 2010 & 2014, ATM FA 2015)
Ketibaan Jerry Palacios ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada musim 2015 mungkin agak sedikit mengejutkan ramai.ATM pada musim itu bergelut dengan masalah kewangan dan tersingkir ke Liga Perdana.
Beliau menyertai 2 edisi Piala Dunia iaitu pada 2010 & 2014 namun hanya melakukan 2 penampilan sahaja sepanjang tempoh itu. Malangnya Honduras gagal layak ke pusingan kalah mati untuk kedua-dua edisi.
sumber:semuanyabola.com
 Pablo Aimar (Argentina 2002, JDT 2013)
Aimar merupakan antara nama besar di pentas dunia yang berjaya memeriahkan saingan Liga Malaysia. Sebelum menyertai JDT, Aimar sudah pun bermain untuk kelab seperi Valencia & Benfica.
Beliau pernah menjadi pemain import dengan pendapatan tertinggi saingan Liga Malaysia. Aimar kemudiannya bermain untuk River Plate sebelum bersara.
sumber:suara.com

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...