Sunday, August 26, 2018

Asal Usul 'Rabu'

Dalam Bahasa Melayu nama hari-hari dalam seminggu ni diambil  dari Bahasa Arab: Ahad, Isnin dari Ithnayn, Selasa dari thalatha, Jumaat dari jum'ah. Tetapi kenapa Rabu dipanggil rabu bukannya arba'a?


Rabu ini merupakan perkataan yang diambil dari dialek orang Yaman. Di Yaman ada Souq ar-Rabu iaitu pasar yang akan dibuka pada hari Rabu sahaja.


Pedagang arab sampai ke tanah melayu. Source wikipedia.com

Orang Arab Hadrami dari Hadramaut, Yaman adalah ejen pengislaman di Nusantara.
Wali Songo adalah dari Ba'Alawi. Itu sebabnya kita bermazhab Syafi'i. Ba'lawi bermazhab Syafi'i dan beriktikad dengan akidah Asy'ariyah.

Selain Islam Arab Hadrami juga memperkenalkan kepada masyarakat orang Melayu khazanah budaya Yaman seperti Zapin. Dari abjad jawi, amalan tahlil hingga takbir raya yang syahdu, semuanya asal usul dari Yaman.

Sebab itulah Kearaban nenek moyang orang Melayu adalah kearaban para ulama dan awliya dari Yaman, memanglah nampak tak macam orang arab jika nak dibandingkan dengan orang arab Badwi Najdi yang mengawal Haramain sekarang.

Kesibukan pelabuhan Melaka. Source: wikipedia.com
Tahu tak perkataan bernas berasal dari istilah nas, petua dari perkataan fatwa, perlu dari perkataan fardhu? Orang dulu-dulu tak percaya kata-kata seseorang sehingga orang itu cakap ber-nas( Al-Quran dan hadis-hadis)

Orang Arab di pelabuhan Melaka. Source: wikipedia.com

Orang Melayu dulu-dulu menjadikan Islam sebagai al-Din( cara hidup). Dari bahasa, pakaian, makanan, seni bina hingga sastera semua dah sebati denga Islam. Orang jahil
 tentang sejarah dan warisan bangsa saja akan condemn budaya Melayu itu terutamanya 'Born Againt  Muslims'

Sewaktu kegemilangan tamadun Melayu. Source: WordPress.com
Fahami dan hayati warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah beraliran Syafi'i-Asy'ari yang menjadikan Nusantara bumi yang rahmat dan berkah sejak 1400 tahun lagi.

Sumber: The Patriot Asia

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...