Sunday, August 26, 2018

MISTERI ULEK MAYANG

               Ulek Mayang adalah merupakan satu tarian tradisional yang masik aktif dipersembahkan hingga sekarang.Tarian ini akan dipersembahkan dengan dendangan lagu Ulek Mayang.Sesungguhnya lagu Ulek Mayang ini sangat terkenal dan unik. Hal ini kerana, uniknya lagu Ulek Mayang berbanding lagu rakyat yang lain adalah ianya sering dikaitkan dengan elemen mistik.

                                                              
https://i1.wp.com/amazingnara.com/wp-content/uploads/2017/09/ulek-mayang.jpg?fit=800%2C550&ssl=1

Ulek Mayang berasal dari Terengganu semenjak Zaman Pemerintahan Sultan Umar lagi. Waktu tu, Agama Islam belum lagi berkembang luas di Tanah Melayu,, kalau tak silap aku, majoriti Orang-orang Tanah Melayu masa tu menganut agama hindhu dan berpegang pada ajaran animisme.

Ada banyak versi  lagenda yang berkaitan dengan Ulek Mayang ini. Salah satunya adalah diceritakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang asyik mereka di tengah laut tiba-tiba ribut datang dari segenap arah membawa ombak yang besar memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri sehingga letih.
   
http://penmerah.com/wp-content/uploads/2012/06/Optimized-ML-13-1024x685.jpg


Selepas beberapa ketika landaan ribut itu menjadi reda dan tubuh para nelayan itu terdampar di pantai dan sedarkan diri kecuali seorang.Biar aku bahasakan nlayan yang pensang itu Awang (sebab panggilan nama ni terekenal dekat Terengganu).Pada mulanya disangkakan mati tapi apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.

Zaman dahulu, Doktor masih takde lagi,so diorang guna ubat-ubat herba je dan diorang lebih percayakan benda-benda karut.So time tu Bomoh memnag terkenal laa.

Disebabkan time tu belum ade Darussyifa , so  para nelayan terbabit memanggil Bomoh untuk mengubati Awang. Apabila di 'scan' di dapati Semangat/Roh Awang telah tersesat.. Roh Awang telah pergi ke Alam Bunian..


Salah seorang Puteri Bunian berkenan dengan Awang,, mungkin handsome sangat kot Awang tu or baik ke,,  tetapi dia tak nak lepaskan Awang, pertarungan pun berlaku antara bomoh dan puteri itu. Aku tak tau laa dia lawan macam mana tapi semestinya bukan lawan secara fizikal laa.. Kemudian, Puteri tersebut memanggil lagi dua kakak nya 'back up' dia untuk bertarung dengan bomoh itu, kemudian mereka panggil lagi dua Puteri yang merupakan adik beradik mereka juga sehingga genaplah enam puteri. Pertarungan semakin sengit... Sehingga membuatkan laut bergelora, yang memaksa Puteri Tujuh turun, 

 Nak bagitahunya yang Puteri Tujuh ni merupakan Puteri Yang paling Sulong, paling cantik dan paling bijaksana antara enam yang lain. Aku rasa, kalau time tu ada Universiti, mungkin kepandaian puteri tu geng-geng 4 flat kot...Hahahahaha

http://4.bp.blogspot.com/-aRYBJXJHH5o/UqbUWYNwieI/
AAAAAAAAAvw/XoFsiU7PGfY/s1600/MainPuteri.jpg
Si Bomoh ni pun merayu-rayu kepada Puteri 7 itu agar semangat Awang dibebaskan,, disebabkan Puteri Tujuh merupakan yang paling 'power' maka dia memerintahkan keenam enam adik beradik nya untukpulang ke tempat asal dengan berkata :

"Aku Tahu Asal Usulmu"
"Yang Laut Pulang Ke Laut, dan Yang Darat Pulang Ke Darat "..
Selepas itu pun, semangat Awang dilepaskan , Si Bomoh berasa berterima kasih kepada Puteri 7, lalu menyediakan Hidangan Pulut Kuning ).

Selepas Peristiwa Tersebut, setiap kali kalau ada Nelayan nak pergi Belayar , penduduk kampung akan membuat Persembahan Ulek Mayang di Tepi Pantai pada waktu malam berserta Ancak (Makanan Hantu seperti Pulut Kuning). Pada waktu sebelum datangannya Islam, Ulek Mayang ini mengandungi unsur-unsur pemujaan atau spiritual, tetapi selepas kedatangan Islam, Lagu Ulek Mayang ni telah diubah dikeluarkan lirik/rangkap pantun/ ayat-ayat yang berunsur pemujaan atau jampi serapah. Jadi lagu Ulek Mayang yang kita dengar pada hari ini bukan lah Lagu Ulek Mayang yang Original
                 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOmngADqSiSuNvNx8IYWlt1tpM59lueRK49uAt6NgOosc_hVR0UzXfUg8seCkvFYl2UhKHVBtobPSYgesr_obe1HahshcU-Kd557DNZcQsR2iccfe6xx3g5OnWh5rQ-pWCfRELR_6W2zdm/s1600/bbb.jpg


Namun begitu,tetap juga ramai yang kena ganggu selepas mendengar lagu Uek Mayang ini (geng-geng lemah semangat). Aku bukan nak takutkan apa tapi asrama aku pernah berlaku kejadian misteri ini.

Seorang pelajar lelaki ,nak dijadikan ceritanya mendengar lagu Ulek Mayang ini sambil merayau-rayau satu bangunan asrama termasuk tingkat-tingkat atas yang takde orang duduk.Selepas dua tiga hari dia ulang buat camtu, pada malam itu juga, dia terkena sapuk/rasuk/histeria. So time tu pihak asrama pun panggil ustaz-ustaz pengamal perubatan tradisional ini.Nak dijadikan ceritanya, 13 orang kawan dia pengang/hempap dia supaya tidak lari/merayau kemana-mana,tapi dia tetap juga boleh lawan dan bangun.

Walaupun sudah diubat oleh ustaz,dua tiga hari selepas itu masih terkena histeria sehingga pihak sekolah setuju benarkan dia pulang kerumah selama 2 minggu.
https://www.thevocket.com/app/uploads/2017/09/ulek-mayang-2-1200x720.jpg

Ustaz itu ada ceritakan yang lelaki itu diganggu dengan 7 ekor jin,6 ekor jin betina (aku rasa dia berkenan kot dekat  kawan lelaki aku ini sebab boleh tahan handsome jugak) dan 1 jin jantan.

Aku rasa mungkin kes ini ada kena mengena dengan lagu ulek mayang. Selepas kejadian itu,time aku menjadi Kapten/Ketua Asrama, aku haramkan dengar lagu ini,kerana bimbang takut kejadian itu berulang ....hahahaha


So setakat ni sahaja dahulu,lain kali aku sambung balik ye..Cau luuu...


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...