Sunday, August 26, 2018

Kenangan sem 1

Permulaan ketika tiba di Akademi Laut Malaysia(ALAM).Selepas pemeriksaan barang yang dilakukan oleh senior bertugas atau lebih dikenali sebagai Rank Holder,ibu bapa diarahkan untuk meninggalkan anak-anak bagi memudahkan urusan pengendalian kemasukan atau intake baru.Kami dengan perasaan excited untuk menerokai kehidupan sebagai seorang pelaut yang akan datang.

Ini adalah permulaan kepada perhubungan yang erat sehingga ke hari ini.Pembahangian kelas telah dilaksanakan oleh RO Yusuf.Dan ini adalah kawan sekelas yang telah ditetapkan dan akan menghadapi rintangan di ALAM bersama sebagai satu passukan.Hidup kami bermottokan ONE FOR ALL,ALL FOR ONE.

ini adalah penngalaman pertama melalui latihan fizikal yang diambil oleh JJ Sani.Dengan berpakai baju berkolar putih kami diajar untuk melatih diri untuk tidak memahami erti mengaku kalah.Kami akur dengab arahan yang diberikan tanpa menjawab sepatah pun.Biar mandi peluh asalkan pengajaran itu kami dapat.

Gambar ini menunjukkan kelas berenang pertama kami di ALAM.Kami begitu excited kerana kami dapat melihat siapa yang kayu dengan siapa yang pandai berenang.Kami dilepaskan di bahagian 4 meter dan siapa yang lepas dilabel pandai berenang.Siapa yang tenggelam dilabel kayu.Apabila semua selesai,JJ Zangi mengajar kami cara berenang yang betul dikenali sebagai Breast Stroke.Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ini merupakan pemgalaman pertama memasuki bengkel yang diusahakan oleh Encik Dollah.Cara beliau mengajar adalah tegas tetapi disertakan dengan lawak dan pengalaman beliau diatas kapal sebagai Bosun.Kami perlu memakai Overall kerana itu merupakan syarat ke bengkel.Kami juga harus memakai safety helmet dan juga glove apabila melakukan sesuatu aktiviti bertujuan untuk keselamatan diri. 


Gambar ini adalah penutup kepada hidup kamk sebagai sem 1 dia ALAM dan hidup kami sebagai junior.Gambar ini diambil hari terakhir kami berada di ALAM sebelum cuti semester yang ditunggu-tunggu oleh sekalian makhluk di Akademi Laut Malaysia.Pengalaman kami tidak cukup lagi untuk dibandingkan dengan senior-senior dan lecture kami tapi cukup la apa yang kami pelajari di sem 1 ini dapat digunakan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...