Monday, August 20, 2018

Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia!

Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepada pembaca semua tentang pelbagai aneka makanan yang anda boleh dapati di bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat syurga makanan (food heaven) untuk pelancong dari luar ataupun dalam negara kerana boleh dikatakan semua makanan popular di negeri Malaysia boleh didapati di sini. Bahkan pilihan restoran yang menyajikan menu dari negara luar juga boleh didapati di sini. Sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur, sememangnya entri ini amat sesuai untuk anda jadikan panduan untuk menyajikan nafsu makan anda yang membuak-buak itu.

Majoriti restoran yang dinyatakan di bawah sudah bertahun lamanya mendapat tempat di hati kalangan warga ibu kota Kuala Lumpur dan sering menjadi tempat liputan untuk penggambaran rancangan TV.

1. Restoran Rebung

Source : Google Image

Bagi yang ingin bersarapan pagi, makan tengahari buffet atau makan malam dengan selera orang Melayu dengan pelbagai pilihan menu makanan, apa kata anda ke Restoran Rebung yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanah air, Dato' Chef Ismal. Boleh dikatakan tempat ini merupakan one stop centre untuk mereka yang ingin makan makanan ala-ala kampung yang sedap dan enak di Kuala Lumpur. Dibuka 7 hari seminggu dari 0700 - 2200.

2. Restoran Dapur Sarawak

Source : Google Image

Makanan Sarawak yang rasanya asli memang susah nak didapati di tempat lain selain di negerinya sendiri. Namun di Kuala Lumpur anda boleh mencuba hidangan menu popular negeri Sarawak yang sedap dan asli seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Nasi Aruk Dabei, Bihun Belacan, Nasi Manok Panggang dan sebagainya. Restoran ini terletak di Jalan Sarikei Pekeliling dan dibuka setiap hari dari jam 1000 - 2230.

3. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Source : Google Image


Destinasi yang terkenal dengan makanan Cina Muslim menghidangkan pelbagai jenis masakan mee bergoreng ataupun bersup yang menu-menu masakannya dibawa khas dari China. Yang uniknya mee yang ada di sini memang sangat kenyal dan tidak seperti mee kuning biasa dan pengunjung boleh melihat secara 'live' bagaimana mee tarik ini dibuat dengan tangan. Anda boleh ke restoran ini yang terletak di Jalan Utama Tasik 3, Kuala Lumpur.

4. Nasi Lemak Antarabangsa

Source : Google Image


Antara jenama nasi lemak di Kuala Lumpur yang popular paling lama berada di Kuala Lumpur sejak tahun 70-an lagi. Nasi Lemak Antarabangsa diresepikan oleh Puan Normi dan telah banyak menjadi liputan rancangan TV dalam negara. Kalau di Kampung Baru, Kuala Lumpur gerai nasi lemak ini sentiasa dikunjungi pengunjung terutamanya sebelah waktu malam. Nasi lemamk yang disediakan boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk seperti kerang, sambal sotong, paru, dan sebagainya.
Jadi, cepat-cepatlah ke sini untuk mendapatkan nasi lemak anda!

5. The Khan Mongolian Restaurant

Source : Google Image


Kalau anda suka makanan seafood/BBQ sambil makan malam ramai-ramai bersama keluarga, salah satu restoran yang menarik dan boleh anda cuba adalah di The Khan Mongolian Restaurant yang kepakarannya menghidangkan Mongolian Muslim BBQ & Steamboat. Selain itu, ada macam-macam lagi hidangan ala-ala Mongolia yang pasti memberi anda satu pengalaman makan yang unik. Terletak di Taman Danau Kota, KL & dibuka bermula jam 1700 - 0000.

Kalau anda inginkan sesuatu tempat di KL yang mempunyai banyak pilihan makan, destinasi Kampung Baru merupakan jawapan yang tepat baik untuk makan pagi, tengahari atau malam. Namun di kawasan ini sentiasa penuh dan kesabaran memang diperlukan terutamanya kalau nak cari parkir kereta.

Saya mengharapkan info ini dapat membantu ada sewaktu bercuti di Kuala Lumpur kerana restoran-restoran yang dinyatakan memang menawarkan servis yang 'tip-top' dan hidangan ala-ala antarabangsa. Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum!




No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...