Source : Google Image |
Harini saya ingin berkongsi dengan para pembaca bagaimana saya boleh menurunkan berat daripada 65kg kepada 55kg dalam masa 10 hari! Semua ini bermula dengan penjagaan diet yang efektif dan secara istiqomah. Diet yang saya amalkan ialah diet Atkins yang diperkenalkan oleh Robert C. Atkins. Diet ini menumpukan pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan pembakaran dua elemen tersebut, badan akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap sumber tenaga yang sedia ada. Dengan ini, berat badan anda akan mula menyusut.
Source : Google Image |
Prinsip Diet Atkins adalah menyekat karbohidrat, jadi badan kita seolah-olah dipaksa untuk membakar lemak yang tersimpan. Diet ini sangat efektif kepada pesakit yang mengidapi penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Manfaat Diet Atkins
Source : Google Image |
- Kebanyakkan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Diet Atkins, anda tidak perlu berlapar
- Kebanyakkan diet anda masih ketagih makanan berkarbohidrat tinggi dan manis. Dengan diet atkins, anda dapat menyekat nafsu ketagihan terhadap makanan manis dan berkarbohidrat tinggi.
- Diet ini menyebabkan anda tidak perlu mengira kalori terhadap makanan pengambilan anda.
- Kebanyakkan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula
Tips Tambahan
Source : Google Image |
- Anda perlu minum air mineral sekurang-kurangnya 3 Liter sehari untuk menyeimbangkan kadar metabolisma anda agar lemak senang terbakar.
- Terapkan amalan 'Everyday is workout day' dengan melakukan aktiviti kardiovaskular ataupun senaman angkat berat agar lemak-lemak yang tersimpan boleh dibakar dengan cepat.
- Jangan sesekali berlapar! Sekiranya anda lapar, metabolisma badan anda akan terganggu dan pembakaran lemak tidak akan menjadi efektif. Carilah sebarang sumber protein atau sayur untuk mengisi perut yang sedang lapar.
- Tetapkan satu matlamat yang membuatkan anda lebih serius untuk menghabiskan cabaran diet ini. Seperti saya, saya tidak mahu teman wanita saya melihat lelaki lain dan ini menyebabkan saya komited untuk menyelesaikan cabaran ini.
Source : Google Image |
Sekian sahaja daripada saya, saya harap info yang saya kongsikan ini dapat memberikan anda sedikit sebarang tentang pendedahan Diet Atkins yang berjaya mengubah hidup saya daripada buncit ke slim gitu. Apa-apa persoalan boleh DM saya.
Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment