Monday, August 20, 2018

PEDESSS!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Okay untuk entri kalini,saya akan mengisar sedikit tentang sambal tahun jawa ,cara-cara membuat serta bahan-bahan yang perlu ada ya tuan puan.Okay sambal tahun ni merupakan makanan tradisi orang jawa,sambal tahun kebiasaaannya disediakan pada hari-hari perayaan seperti hari raya aidilfitri.Sambal tahun ini amatlah pedas hasil daripada cili padi dan boleh membuatkan tuan puan menangis meleleh air mata serta hingus jadi disyorkan untuk menyediakan air di sebelah ketika makan.Sambal tahun dimakan bersama nasi dan boleh juga dengan nasi impit.Kebiasaannya,lauk yang digunakan untuk menghasilkan sambal tahun adalah ayam,pedal ayam,hati ayam,kerang,kulit lembu,perut lembu.Yang menjadi kegemaran saya ialah sambal tahun pedal.Saya mengetahui tentang masakan ini kerana saya keturunan banjar+jawa di Sungai Besar ,Selangor dan mak saya serta atok saya tanpa gagal akan menghasilkan masakan ini pada setiap tahun di hari raya.Jadi,bagi siapa yang tidak mengetahui tentang masakan ini amatlah rugi kerana ia terlalu sedap.

Sumber:http://airtanganku.blogspot.com/2008/10/sambal-tahun-kerang.html

Kenapa nama Sambal tahun?

Okay mengikut sejarah orang dulu-dulu,masakan ini boleh bertahan agak lama diibaratkan bertahun-tahun,.Diibaratkan sahaja kerana biasanya jika tidak habis,masakan ini akan dipanaskan eoknya dan ditambah apa yang patut.Masakan ini apabila semakin dipanaskan ia akan menjadi semakin sebati dan sedap.Ada juga yang mengatakan sambal tahun ini dimasak sekali sahaja iaitu pada hari raya dan sebab itulah ia dinamakan sambal tahun.



Sumber:https://dapur.ibucergas.com/sambal-tahun/

Resepinya adalah...
Bahan-bahan(untuk 5 orang makan)

Bahan A:
-500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis (bergantung pada jenis lauk
- 1/2 cawan cili padi kampung
- 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
- 1 keping asam keping
- 3 cawan air
- garam dan serbuk perasa

Bahan B :(kisar)
- 1/2 cawan udang kering
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih

Bahan C:
- santan pekat dari 1 biji kelapa


Cara menyediakannya...

- Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
- Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehingga mendidih.
- Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan
*sumber rujukan:https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/posts/sambal-tahun-jawasiapa-kat-sini-pernah-makan-sambal-tahun-angkat-tangan-cepatada/1553620941338067/
Sumber:https://www.rasa.my/cara-cara-masak-sambal-tahun-paling-sedap-wajib-cuba-ni/
Sumber:http://paudestinasi.blogspot.com/2013/09/sambal-kerang-pedas-panas.html

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...