Sekolah merupakan tempat kita melatih diri kita menjadi pemimpin dan lain-lain aspek selain menimba ilmu pengetahuan. Terdapat pelbagai aktiviti,program latihan, badan organisasi seperti pengawas diadakan sebagai satu usaha untuk melatih pelajar menjadi seorang pemimimpin supaya dapat diimplikasikan di dunia nyata yang penuh cabaran ini.So,kali ini aku nak berkongsikan pengalaman aku menjadi pemimpin di sekolah.
Aku bersekolah di sekolah harian berasrama,SMK Pulau Serai,Dungun. Kebiasaanya,pelajar di sekolahku ini malas/takut untuk menyerlah disebabkan berasa gemuruh berdiri dihadapan orang ramai kecuali dibidang sukan.Ramai kawanku mementingkan sukan daripada akademi.Oleh hal yang demikian,sesiapa yang menonjolkan diri diberi fokus oleh guru untuk menjawat jawatan dalam sebuah organisasi atau persatuan.
Nak dijadikan cerita , aku seorang pemalu dan gemuruh bila berhadapan orang ramai.Namun disebabkan cita-citaku yang tinggi, aku telah menjadikanya satu cabaran. Bagi mengubah nasibku, aku cuba melatih diriku untuk memberi ucapan,berkomunikasi, dan mengurus satu organisasi.Pada awalnya, aku diamanahkan untuk menjadi pengawas membantu guru-guru disekolah.Peranan sebagai pengawas memberi impak yang besar pada diriku untuk berani berdiri dan berinteraksi dengan pelajar malahan guru juga.Di asrama juga,aku juga diamanahkan menjadi ketua biro akademi .
Kemudianya, disebabkan aku terlalu mononjolkan diri aku lebih daripada kawan aku,aku telah diamanahkan menjawat pelbagai jawatan di sekolah termasuk jawatan tertinggi di sekolah dan mlahan di asrama iaitu Kapten (ketua pengawas asrama) dan Ketua Pengawas Sekolah ( ketua pelajar).Alhamdulilah dengan bantuan kawan- kawan aku dan lain-lain aku berjaya mengurus berberapa program.Banyak yang aku dapat belajar dalam mengurus sato organisasi dan program dari segi keranah kawan-kawan aku,belanjawan,action apabila kecemasan ,dan dari segi pengurusan masa dan kerja.
Sungguhpun terlalu banyak jasa cikgu-cikgu kepadaku dalam mendidik aku menjadi insan yang baik.Jika tiada guru dan tak lupa ibu dan ayahku mendidik aku, tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi pada diri aku nanti.Tak dilupakan kawan baik aku ,amir ,hisyam,ahmad,faisal syahmi dan syahmi, arigatoπ.Akhir kata daripada saya, terima kasih cikgu dan selamat hari guruπ
Pemimpin merupakan seorang yang paling penting dalam suatu kumpulan atau satu organisasi. Kejayaan sebuah kumpulan atau organisasi dalam mencapai sesuatu objektif adalah bergantung kepada pemimpin dan orang yang dipimpin. Menurut kamus bahasa melayu,pemimpin ialah individu yang memimpin suatu kumpulan atau organisasi. Sikap seorang amat berperanan dalam mengerak suatu organisasi.Terdapat banyak ciri pemimpin yang baik namun saya lebih cenderung untuk bekongsi ciri ciri pemimpin yang baik yang dipetik daripada sebuah khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada 21 Disember 2012 lalu merujuk kepada Al-Quran, hadis dan pendapat ulama’ muktabar.Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut: 1. Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah 2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul. 3. Memiliki sifat taqwa dan berintegriti 4. Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi 5. Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya 6. Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti 7. Berakhlak dan berbudi pekerti mulia 8. Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong
Terdapat ramai pemimpin yang terbaik yang berjaya membawa suatu organisasi atau kumpulan ke kemucak dunia dalam pelbagai aspek.Sudah pasti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menduduki tangga teratas menjadi teladan dan role model kepada semua umat islam di dunia malahan juga yang bukan islam. Daripada seorang ummi yang tidak tahu membaca, baginda menjadi seorang jeneral perang yang hebat, seorang ahli politik yang disegani dan pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan satu contoh yang tebaik untuk diikuti dalam pelbagai aspek.
https://goo.gl/images/zNHyXj
Namun pada masa kini,pemimpin yang paling saya hormati dan menjadi antara role model yang perlu dikuti adalah Reccep Tayyib Erdogan.Pada saat negara ketandusan pemimpin yang kuat dan hebat yang mampu membawa sesebuah negara kekemuncak dunia, di bumi Turki telah melahirkan satu permata yang amat berharga yang dapat menyinari dunia Islam.Pada masa kini, presiden Turki itu telah menjadi ikon pemimpin harapan Islam untuk bersatu. Goerge Friedman menulis dalam bukunya yang bertajuk 100 Years, beliau meramalkan Turki bakal menjadi negara kuasa besar yang hebat dek kerana kestabilan politik, ekonomi dan ketenteraannya pada suatu hari nanti. Antara ciri-ciri pemimpin yang ada pada beliau adalah 1.Ketegasan
https://goo.gl/images/YtTFe6
Erdogan menunjukkan ketegasan yang jelas terhadap isu-isu pergolakan di negara Islam seperti di Palestin dan Syria. Pada tahun 2009, beliau telah menempelak tindakan Simon Perez yang mewajarkan tindakan Israel menyerang Gaza ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos.
Erdogan kemudiannya memberi kata-kata sinis kepada bekas Perdana Menteri Israel sebelum meninggalkan Forum itu.Ketegasan yang ditunjukkan Erdogan jarang ditonjolkan oleh pemimpin Islam lain yang dilihat agak pengecut dan tidak berani menentang Israel. Begitu juga ketika insiden serangan Mavi Marmara. Beliau menggesa Israel memohon maaf kepada Turki atas serangan kapal yang membawa bantuan untuk Palestin.
2.Kredibiliti
https://goo.gl/images/xfjusM
Kehebatan Erdogan di pentas politik Turki sedikit sebanyak membuatkan musuh politiknya tidak senang duduk. Pada Julai 2016, kepimpinan Erdogan teruji apabila pihak tentera telah membuat cubaan rampasan kuasa. Namun, Erdogan tidak goyah sedikitpun dengan ancaman ini. Apabila tentera mengeluarkan perintah berkurung kepada rakyat Turki, Erdogan pula mengerahkan rakyat Turki berhimpun di setiap kawasan terbuka bagi menzahirkan sokongan terhadapnya. Kredibilitinya terserlah apabila rakyat bangkit menunjukkan sokongan kepada beliau. Perhimpunan rakyat telah menyebabkan pergerakan tentera semakin lumpuh. Akhirnya rampasan kuasa berjaya dipatahkan.
Kredibiliti Erdogan juga terserlah apabila Turki dijemput sebagai negara yang menjayakan Deklarasi Moscow di Russia pada Disember 2016. Deklarasi ini bertujuan mengurangkan ketegangan krisis yang berlaku di Syria. Ia melibatkan perjanjian beberapa negara kuasa besar seperti Russia dan Iran. 3.Keprihatinan
https://goo.gl/images/ayqPJK
Berbanding kepimpinan Islam yang lain, Erdogan dilihat lebih terkehadapan dalam tindakannya membantu nasib pelarian Syria. Di saat pimpinan Arab Islam diam seribu bahasa, seolah-olah tidak mengendahkan krisis yang berlaku di Syria, beliau telah pun membuka kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki sejak perang saudara meletus di Syria pada Mac 2011. Erdogan juga sentiasa memastikan agar bantuan kesihatan dan makanan sentiasa diberikan kepada golongan pelarian malang itu. Kem pelarian yang dibina di sempadan Turki telah memudahkan skuad sukarelawan dari pelbagai negara tampil untuk memberikan bantuan kepada mangsa perang.
https://goo.gl/images/u2mSio
Sehingga ke hari ini, negara Turki di bawah kepimpinan Erdogan telah menampung hampir dua juta pelarian Syria dalam peraturan perlindungan sementara. Ramai antara golongan pelarian terdiri daripada kanak-kanak yang perlu diberikan perlindungan dan pendidikan. Sebagai inisiatif, kerajaan Turki juga telah membina sekolah-sekolah kepada warga Syria untuk memastikan anak-anak Syria menikmati pendidikan yang baik. Kercedasan dan kewibawaan Reccep Tayyip Erdogan telah berjaya mentranformasikan negara Turki kearah yang sangat baik dan mampu bersaing dengan negara-negara besar yang lain.Sikap penyayang dan keprihatinan yang dimilikinya telah berjaya menambat hati rakyatnya dan umat islam negara lain. Ilmuawan Turki menganggap era transformasi yang berlaku di Turki hari ini sebagai Neo-Ottomanisme. Reccep Tayyip Erdogan nampaknya telah mencipta sejarah baru di bumi Turki. Semoga gaya kepimpinan beliau terus menjadi ikutan anak muda yang ingin membina legasi dan ketamadunan Islam.
There can be no leadership without influence, because influencing is how leaders lead. In their classic book on leadership, Leaders: Strategies for Taking Charge, Warren Bennis and Burt Nanus echo this point: "There is a profound difference between management and leadership," they wrote, "and both are important. 'To manage' means 'to bring about, to accomplish, to have charge of or responsibility for, to conduct.' 'Leading' is 'influencing, guiding in direction, course, action, opinion.'" They add that "an essential factor in leadership is the capacity to influence."
https://goo.gl/images/xEhe7z
Managers also use influence, of course, because only a fraction of managerial work can actually be accomplished through control and the use of authority. The aim of both managers and leaders is to accomplish an organization's goals. Managers do it trough plan organization, processes, task assignments, measurements, and so on, but they must also direct people and manage their performance, and you can't manage people solely through command-and-control methods. People are human beings, not machines, mechanical parts, or assembly lines. They respond best when they are treated like human beings, they work best when they have a voice in how the work is done, and they remain loyal and engaged when they feel respected, trusted, well informed, and cared for. That's why the best managers also lead, and they lead through the social and emotional approaches to influencing, not just the rational approaches.
https://goo.gl/images/k8nLG2
Leaders lead by mobilizing people around a compelling vision of the future, by inspiring them to follow in the leader's footsteps. They show people what's possible and motivate them to make those possibilities real. They energize and focus people in ways that fulfill their dreams, give them a sense of purpose, and leave them with a profound sense of accomplishment when the work is done. Leaders lead by modeling ways of thinking or acting and by encouraging new ways of looking at situations, and by so doing they give people the words and the courage to make those new ways their own. The best leaders are teachers, mentors, and role models--and they accomplish the vast majority of their work through influence, not authority.
https://goo.gl/images/tACmZ3
In many cases, leaders and managers are one in the same. The division vice president who leads a team of people to accomplish what they might not have thought possible is also a manager. The manager who oversees a team's task performance but also looks after the team members' career planning and coaches them on developing their skills is also a leader. The art of management and leadership is to know when to act as a manager and when to act as a leader, when to use authority and when to use influence, when to ask and when to tell, when to take over and when to let go. In every case, it is crucial for leaders and managers to understand the range of influence techniques they can use, know when and how to use them, build their power bases so that they have the capacity to be influential, and sharpen their skills so that they can influence people effectively.
PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut Malaysia)Laut ALAM telah mengadakan ekspidisi perkhemahan dan berjalan lasak pada pertengahan bulan sembilan di Kem Latihan Brindley, Kompleks UNITI,Pasir Panjang,Port Dikson selama 3 hari dua malam.
Aku telah join kem ini,Pada awalnya aku takut jugak nak join kem ini disebabkan ex ALAM yang merupakan Leftanan Muda (SABI),yang terkenal dengan tegas dan penting disiplin menjadi ketua dalam kem ini.
Namun setelah mengharungi tiga hari dua malam disana.sabi itu tak sekejam yang disangkan.Kem itu menjadi seronok dan lebih seronok dari kem biasa.So aku tak nak tulis panjang.So korang tengok gambar sepanjang perjalanan kem ini je laa.
Mohammad Azizul Hasni bin Awang, KMN (lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
https://goo.gl/images/wwUb3T
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.
Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.
https://goo.gl/images/wkJXff
Pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.
https://goo.gl/images/wLUttP
Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Aku bangga dengan azzizul hasni ini sebab pernah menjadi juara dunia dan palin peting merupakan orang dungun,terengganu.Kakak dia merupakan cikgu sekolah rendah aku dan anak saudara dia pelajar di sekolah menengah bersama aku.
https://goo.gl/images/3GE7Z3
video saat azizul menang pingat emas keirin dunia 2017....πππππππ
Hai guys, so hari ni aku nak kongsi top 5 sukan ekstreme yang aku nak sangat cuba.
1.White water rafting
https://goo.gl/images/khhmNm
White water rafting ialah sejenis sukan air yang amat sesuai untuk semua tidak kira anda bujang atau berkekasih, bersama kawan atau keluarga. Kita dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya melinkungi tahap rendah hingga tahap tinggi sekali. Aktiviti berakit ini mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air. Bukan masalah besar untuk sesiapa yang tidak tahu berenang kerana mereka akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar akan berakit bersama anda 2.Paragliding
https://goo.gl/images/aTLcM2
Paragliding merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang semakin hari semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti ini memberi peluang yang baik kepada sesiapa yang hendak menikmati pemandangan indah semula jadi dari atas langit. Untuk aktiviti ini, kita perlu berlepas daripada tempat yang tinggi seperti dari atas puncak bukit. Dari situ, kita boleh serahkan yang lain kepada instruktor kerana dia akan mengambil alih untuk mengawal payung terjun anda. Jadi, anda tidak perlu berasa susah hati dan menikmati penerbangan tersebut dengan pakar paraglider. 3.Rock climbing
https://goo.gl/images/b4wn3A
Rock climbing tidak sama dengan wall climbing kerana permukaan batu tidak sama-rata dan anda perlu pandai mencari cara untuk panjat ke atas. Aktiviti ini dikira ekstrem kerana bukannya sesenang yang anda lihat. Mentaliti dan stamina anda perlu stabil untuk panjat sampai atas yang jaraknya 50 kaki dari tanah. Kalau pasal keselamatan tidak perlu risaukan, kita akan dilengkapkan dengan tali keselamatan semasa memanjat. Sukan ini juga merupakan peluang yang terbaik untuk mengatasi rasa gayat , manalah tahu kita mungkin ialah ‘spiderman’ yang seterusnya. 4.Bungee jumping
https://goo.gl/images/6JWfEH
Bungee jumping ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat sekarang. Walaupun begitu, ramai yang belum cuba aktiviti ekstrem ini sama ada mereka tidak berani ataupun memang tidak tahu tentang bungee. Bagi peminat bungee,mesti sudah tahu bahawa dalam extreme park sunway lagoon juga terdapat aktiviti seperti ini. Kalau aku ada masa sumpah nak try sukan ini. 5.Shark Diving
https://goo.gl/images/MGRU8c
Shark Diving ,kalau korang rasa aktiviti di atas tidak cukup ekstrem, cubalah menyelam bersama ikan yu. Tidak perlu pun pergi jauh sampai masuk ke dalam laut dalam, sekarang kita dah boleh berenang bersama ikan-ikan yu di Aquria KLCC. Para penyelam akan diberi alat selam yang lengkap dan amaran tentang beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menyelam di dalam aquarium besar tersebut. Aktiviti ekstrem ini hanya sesuai untuk penyelam yang berlesen sahaja.
That's all for today,so next time pulak yeeπ¦. Jom kita tengok video the most extreme sports in 2018...
BABYMETALadalah grup vokal dan tarian (band) beraliran kawaii metal yang berasal dari Jepun yang awalnya terbentuk pada tahun 2010. Band ini terdiri dari 3 gadis sekolah: SU-METAL MOAMETAL dan YUIMETAL .
https://goo.gl/images/w9Nx82
Kobametal, merupakan produser band dan peminat heavymetal lama, mula merancang untuk melancarkan kumpulan gabungan idol/heavymetal pada tahun 2009 selepas dia kagum dengan persembahan Suzuka Nakamoto dengan kumpulan terdahulu, Karen Girl. Dengan demikian dia didapati sesuai sebagai vokalis utama untuk kumpulan baru. Band ini ditubuhkan pada tahun 2010 di Tokyo, Jepun, sebagai kelab muzik berat (ιι³ ι¨ JΕ«buu), dan juga merupakan sub-unit, kumpulan idola wanita Sakura Gakuin, yang juga baru dibentuk pada tahun itu .Menurut Kobametal, Yui Mizuno dan Moa Kikuchi perlu ditambah untuk melengkapi "kunikan persembahan" band ini dengan gaya barunya yang kecil, menari di sekelilingnya . Sebelum menyertai band ini,ketiga-tiga ahli ini tidak pernah mempunyai pengalaman atau idea tentang kawai metal ini.
https://goo.gl/images/K97PzL
Penampilan pertama Babymetal adalah pada 28 November 2010, pada konsert solo pertama Sakura Gakuin, Sakura Gakuin Festival 2010.Pada bulan Julai 2011, Babymetal telah mempersembahkan lagu, "Ijime, Dame, Zettai" ("Tidak Lebih Buli"), di konsert Sakura Gakuin, tetapi ia hanya dilakukan secara live. Single pertama band, "Doki Doki ☆ Morning", yang mula-mula muncul pada album pertama Sakura Gakuin Sakura Gakuin 2010 Nendo.Lagu itu telah berjaya mendapat lebih satu juta tontonan.
https://goo.gl/images/1UhUQU
Uniknya band ini adalah kerana Heavy metal,J-pop, death metal,symphonic death metal,melodic speed metal menjadi sebuah lagu dan keunikan tariannya yang pelik dan mencuit hati. jom saksikan antara video music BABYMATAL ini..π
Bully Scholarship Edition,merupakan sebuah permainan game playstation yang diterbit oleh Rockstars. Game ini pernah mencetus satu fenomena pada suatu ketika dahulu.Grand Theft Auto: San Andreas juga adalah game diterbitkan oleh Rockstars yang seronok dimain.
https://goo.gl/images/42bKWw
Permainan ini memfokus kepada pelajar Bullworth baru pindah, Jimmy Hopkins. Jimmy merupakan remaja nakal dan seorang anak yatim piatu yang telah diusir beberapa kali oleh sekolah lamanya. Ia pun akhirnya dimasukkan kedalam Akademi Bullworth oleh ayah dan ibu angkatnya. Game ini mengisahkan Jimmy satu persatu berhasil menundukan ketua geng disana, yaitu Preppies (Anak-anak Kaya), Greasers (Geng Motor), Nerds (Geng Pustakawan), Jocks (Geng Atlet), dan Townies (Warga Kota) bersama temannya, Gary Smith. Setelah menundukan semua geng, semuanya berbalik ketika Gary menghasut warga kota untuk menyerang Akademi Bullwort, dan mengatakan bahwa semua itu adalah perbuatan Jimmy. Percaya akan perkataan Gary, Jimmy lalu dimusuhi oleh semua geng di Akademi Bullworth. Bahkan Kepala Akademi Bullworth, Dr. Crabblesnitch mengusirnya dari sekolah.
Banyak lagi aksi-aksi dan task- task perlu disiapkan oleh Jimmy.Permainan Video ini seronok kerana ia melatar belakang sekolah,Di mana banyak kes bully berlaku. Selepas Jimmy datang ke sekolah,satu persatu pembuli dikalahkan walaupun jimmy dahulunya pon juga pembuli.Game ini dikenali Canis Canem yang bermaksud 'Anjing makan Anjing' sesuai dengan watak jimmy. ending game ini sangat romantik dimana, Zoe yang dulu dibuang sekolah disebabkan kes tertentu,berjaya masuk balik ke sekolah itu disebabkan Jimmy.
https://goo.gl/images/JDbP7H
https://goo.gl/images/B8QQkV
https://goo.gl/images/3ob2u8
Anugerah
Memenangi anugerah IGN bagi kategori Permainan Aksi PlayStation 2 Terbaik.
Memenangi anugerah GameSpot bagi kategori Muzik Asal Terbaik.
Finalis bagi Game of the Year 2006 GameSpot.
Gaming Target - 52 Games We'll Still Be Playing From 2006 selection
Tersenarai dalam lima permainan PlayStation 2 terbaik game of the year.
Rujukan
Jeff Gerstmann (2006-10-19). "Bully for PlayStation 2 Review". GameSpot. Dicapai 2007-03-14
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.
https://goo.gl/images/9DNfa8
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: “Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut”. Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.
‘Ainul Mardhiyah adalah nama seorang bidadari paling cantik di surga. Secara harfiyah, ‘Ainul Mardiyah adalah “mata yang diredhai” atau “mata yang disukai”.
Diceritakan dalam suatu kisah yang dipaparkan Al-Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid:
Suatu hari ketika kami sedang bersiap berangkat perang. Aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At-Taubah:111:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka”
https://goo.gl/images/cbRNWb
Selesai ayat itu dibaca, seorang remaja berusia sekitar 15 tahun bangkit dari tempat duduknya. Anak muda ini anak orang kaya. Ia baru saja mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:”Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?”
“Ya, benar, anak muda!” kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:”Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan surga.”
Anak muda itu lalu mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan jihad fi sabilillah. Hanya kuda dan pedangnya yang tidak disedekahkan.
Ketika pasukan akan segera berangkat, anak muda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.
Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak: ”Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah…!” Kami menduga ia mulai ragu dan pikirannya kacau. Kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.
Ia menjawab: “Tadi sewaktu aku sedang mengantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: “Pergilah kepada ‘Ainul Mardiyah.” Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan di pinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan indah. Manakala melihat kedatanganku, mereka bergembira seraya berkata: “Inilah suami ‘Ainul Mardhiyah…”
“Assalamu’alaikum” kataku bersalam kepada mereka. “Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata: “Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu!”
Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.
Akhirnya aku sampai pada khemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: “Hai ‘Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang …!”
https://goo.gl/images/zGj5RJ
Ketika aku dipersilakan masuk, kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: “Bersabarlah, kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku, karena roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu.”
Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: “Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid! Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama”.
Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melanggar mereka. Selesai pertempuran, aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka di tubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga rohnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.
(Sumber: Irsyadul ‘Ibad Ila Sabilir Rosyad lisy Syaikh Zainuddin bin Abdul Azizi bin Zainuddin al-Malibari. Terjemah: H. Salim Bahreisy ).
Assalamualaikum geng, so harini aku nak share teka teki yang hambar, lawak dan pecah otak fikir...hahaha .Harap Terhibure yeππππππ
Teka-teki Hambarrrrπππππ 1.Binatang apa yang hidup seluruh anggota badannya dekat kepala. ✌-KUTU 2.Tukang apa ,kalau time orang panggil dia,dia tengok ke atas ✌-TUKANG GALI KUBUR 3.Kalau gajah terbang, terbang dengan apa ? ✌- Dengan susah payah 4.Hitam dan berpeluh..haaa ape2 ? ✌-semut hitam tengah joggingπ 5.Kenapa Pengali Kubur gali kubur tak guna selipar ? ✌-Sebab selipar mana boleh gali tanah hawau..hahah.. Guna cangkul lerr..π 6.Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki ✌- Sebab kalau angkat dukaki jatuh lerr..
http://2.bp.blogspot.com/_vtYrdJs6ewE/S8C88C3
7.Bagaimana nak bezakan ikan Betina dan ikan Jantan? ✌- Betina ikan Duyung, Jantan pulak ikan Bakar,...Mana ade betina nama BAKARπ¬π¬π₯ 8.Kereta apa tak boleh cat? ✋-Kereta hilangπππππππ¨π¨ 9.Kenapa 'Bomoh' selalu bakar kemenyan?? ✌-Sebab Kalau bakar sate,dah tak jadi dah nak berubat..semua pakat makan sate.. hahahahah
10. Kalau bas kemalangan dan bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air...
✌.Road tax dia larrr....
11.Dalam banyak2 binatang..... binatang ape yang boleh bertelur dan beranak.....kira 2 alam la ✌-Siput Babi laaa..sebab siput bertelur,Babi beranakk..π
http://1.bp.blogspot.com/-P-6voYqMleI/UXUsmaQ2QZI
12.cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina? ✌ -betina ler..pasal dia pakai pad.hehe
13.Rumah apa banyak guna air? ✌ -Rumah terbakarπ‘π π₯π₯
14. what’s the difference between ada isteri baru and ada kereta baru? ✌When having a new car, you avoid a hole. When having a new wife___________________
15.Badannya keras tapi kurus dan panjang, tidak mempunyai tangan dan kaki, dan berkepala hitam ✌-Anak Mancis daa...dah laa soalan darjah satu pun tak boleh jawab..hahahπππππ