Saturday, May 4, 2019

My journey as a LEADER

Sekolah merupakan tempat kita melatih diri kita menjadi pemimpin dan lain-lain aspek selain menimba ilmu pengetahuan. Terdapat pelbagai aktiviti,program latihan, badan organisasi seperti pengawas diadakan sebagai satu usaha untuk melatih pelajar menjadi seorang pemimimpin supaya dapat diimplikasikan di dunia nyata yang penuh cabaran ini.So,kali ini aku nak berkongsikan pengalaman aku menjadi pemimpin di sekolah.



Aku bersekolah di sekolah harian berasrama,SMK Pulau Serai,Dungun. Kebiasaanya,pelajar di sekolahku ini malas/takut untuk menyerlah disebabkan berasa gemuruh berdiri dihadapan orang ramai kecuali dibidang sukan.Ramai kawanku mementingkan sukan daripada akademi.Oleh hal yang demikian,sesiapa yang menonjolkan diri diberi fokus oleh guru untuk menjawat jawatan dalam sebuah organisasi atau persatuan.





Nak dijadikan cerita , aku seorang pemalu dan gemuruh bila berhadapan orang ramai.Namun disebabkan cita-citaku yang tinggi, aku telah menjadikanya satu cabaran. Bagi mengubah nasibku, aku cuba melatih diriku untuk  memberi ucapan,berkomunikasi, dan mengurus satu organisasi.Pada awalnya, aku diamanahkan untuk menjadi pengawas membantu guru-guru disekolah.Peranan sebagai pengawas memberi impak yang besar pada diriku untuk berani berdiri dan berinteraksi dengan pelajar malahan guru juga.Di asrama juga,aku juga diamanahkan menjadi ketua biro akademi .



Kemudianya, disebabkan aku terlalu mononjolkan diri aku lebih daripada kawan aku,aku telah diamanahkan menjawat pelbagai jawatan di sekolah termasuk jawatan tertinggi di sekolah dan mlahan di asrama iaitu Kapten (ketua pengawas asrama) dan Ketua Pengawas Sekolah ( ketua pelajar).Alhamdulilah dengan bantuan kawan- kawan aku dan lain-lain aku berjaya mengurus berberapa program.Banyak yang aku dapat belajar dalam mengurus sato organisasi dan program dari segi keranah kawan-kawan aku,belanjawan,action apabila kecemasan ,dan dari segi pengurusan masa dan kerja.



Sungguhpun terlalu banyak jasa cikgu-cikgu kepadaku dalam mendidik aku menjadi insan yang baik.Jika tiada guru dan tak lupa ibu dan ayahku mendidik aku, tak  dapat dibayangkan apa yang akan terjadi  pada diri aku nanti.Tak dilupakan kawan baik aku ,amir ,hisyam,ahmad,faisal syahmi dan syahmi, arigato😚.Akhir kata daripada saya, terima kasih cikgu dan selamat hari guru😊

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...