Tuesday, May 14, 2019

My Experience As a Leader

Hello guys, untuk entry kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya diberi mandat untuk mengetuai kelab nasyid dan persatuan silat di sekolah saya.

Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai persatuan nasyid selama 2 tahun dan persatuan silat selama satu tahun. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan sangat mencabar dalam sejarah hidup saya.

Kelab Nasyid

Antara perkara yang amat mencabar yang perlu saya lalui adalah untuk memastikan hubungan setiap ahli kumpulan adalah dalam keadaan baik. Saya juga akan memastikan mereka memberikan seluruh komitmen sewaktu latihan. Latihan secara santai adalah salah satu pilihan saya supaya ahli kumpulan kami tidak berada dalam keadaan stress.

Pencapaian terbaik kelab nasyid sewaktu saya menjadi ketua dan juga merupakan pengalaman paling bermakna adalah mendapat tempat ketiga di sebuah pertandingan nasyid di At-Taqwa College Bogor, Indonesia. 









Persatuan Silat

Pengalaman ini merupakan antara penglaman yang paling mencabar telah saya lalui kerana banyak perkara yang tak diduga berlaku di dalam persatuan silat ini. Contohnya ahli kumpulan tidak dapat menyertai pertandingan kerana kecederaan sewaktu latihan dan sebagainya.

Sewaktu latihan, saya perlu memastikan ahli kumpulan fokus sepenuhnya bukan untuk memenangi pertandingan sahaja malah untuk kepentingan masa hadapan kerana ilmu persilatan bukan mudah untuk dipelajari.



Pencapaian terbaik kelab silat saya ialah mendapat tempat ke-8 dalam Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan 2015 mewakili negeri Melaka. Sebelumnya, pasukan saya telah layak sebanyak satu kali ke peringkat kebangsaan tetapi masalah kewangan telah menjadi penghalang. Pasukan saya juga telah mendapat pingat Emas sebanyak dua kali di peringkat Negeri Melaka.


Itu sahaja pengalaman yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Saya yakin anda semua pernah menjadi ketua sesuatu kelab atau organisasi dan pasti banyak ilmu dan pelajaran yang anda semua telah dapati.

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...