https://goo.gl/images/f6sgij |
Pemimpin merupakan seorang yang paling penting dalam suatu kumpulan atau satu organisasi. Kejayaan sebuah kumpulan atau organisasi dalam mencapai sesuatu objektif adalah bergantung kepada pemimpin dan orang yang dipimpin. Menurut kamus bahasa melayu,pemimpin ialah individu yang memimpin suatu kumpulan atau organisasi. Sikap seorang amat berperanan dalam mengerak suatu organisasi.Terdapat banyak ciri pemimpin yang baik namun saya lebih cenderung untuk bekongsi ciri ciri pemimpin yang baik yang dipetik daripada sebuah khutbah Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam pada 21 Disember 2012 lalu merujuk kepada Al-Quran, hadis dan pendapat ulama’ muktabar.Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1. Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk
menanggung kerja dan amanah yang dipikul.
3. Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4. Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5. Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6. Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7. Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
8. Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong
Terdapat ramai pemimpin yang terbaik yang berjaya membawa suatu organisasi atau kumpulan ke kemucak dunia dalam pelbagai aspek.Sudah pasti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menduduki tangga teratas menjadi teladan dan role model kepada semua umat islam di dunia malahan juga yang bukan islam. Daripada seorang ummi yang tidak tahu membaca, baginda menjadi seorang jeneral perang yang hebat, seorang ahli politik yang disegani dan pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan satu contoh yang tebaik untuk diikuti dalam pelbagai aspek.
https://goo.gl/images/zNHyXj |
Namun pada masa kini,pemimpin yang paling saya hormati dan menjadi antara role model yang perlu dikuti adalah Reccep Tayyib Erdogan.Pada saat negara ketandusan pemimpin yang kuat dan hebat yang mampu membawa sesebuah negara kekemuncak dunia, di bumi Turki telah melahirkan satu permata yang amat berharga yang dapat menyinari dunia Islam.Pada masa kini, presiden Turki itu telah menjadi ikon pemimpin harapan Islam untuk bersatu.
Goerge Friedman menulis dalam bukunya yang bertajuk 100 Years,
beliau meramalkan Turki bakal menjadi negara kuasa besar yang hebat dek kerana kestabilan politik, ekonomi dan ketenteraannya pada suatu hari nanti.
Antara ciri-ciri pemimpin yang ada pada beliau adalah
1.Ketegasan
https://goo.gl/images/YtTFe6 |
Erdogan menunjukkan ketegasan yang jelas terhadap isu-isu pergolakan di negara Islam seperti di Palestin dan Syria. Pada tahun 2009, beliau telah menempelak tindakan Simon Perez yang mewajarkan tindakan Israel menyerang Gaza ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos.
Erdogan kemudiannya memberi kata-kata sinis kepada bekas Perdana Menteri Israel sebelum meninggalkan Forum itu.Ketegasan yang ditunjukkan Erdogan jarang ditonjolkan oleh pemimpin Islam lain yang dilihat agak pengecut dan tidak berani menentang Israel. Begitu juga ketika insiden serangan Mavi Marmara. Beliau menggesa Israel memohon maaf kepada Turki atas serangan kapal yang membawa bantuan untuk Palestin.
2.Kredibiliti
https://goo.gl/images/xfjusM |
Kehebatan Erdogan di pentas politik Turki sedikit sebanyak membuatkan musuh politiknya tidak senang duduk. Pada Julai 2016, kepimpinan Erdogan teruji apabila pihak tentera telah membuat cubaan rampasan kuasa. Namun, Erdogan tidak goyah sedikitpun dengan ancaman ini.
Apabila tentera mengeluarkan perintah berkurung kepada rakyat Turki, Erdogan pula mengerahkan rakyat Turki berhimpun di setiap kawasan terbuka bagi menzahirkan sokongan terhadapnya. Kredibilitinya terserlah apabila rakyat bangkit menunjukkan sokongan kepada beliau. Perhimpunan rakyat telah menyebabkan pergerakan tentera semakin lumpuh. Akhirnya rampasan kuasa berjaya dipatahkan.
Kredibiliti Erdogan juga terserlah apabila Turki dijemput sebagai negara yang menjayakan Deklarasi Moscow di Russia pada Disember 2016. Deklarasi ini bertujuan mengurangkan ketegangan krisis yang berlaku di Syria. Ia melibatkan perjanjian beberapa negara kuasa besar seperti Russia dan Iran.
3.Keprihatinan
https://goo.gl/images/ayqPJK |
Berbanding kepimpinan Islam yang lain, Erdogan dilihat lebih terkehadapan dalam tindakannya membantu nasib pelarian Syria. Di saat pimpinan Arab Islam diam seribu bahasa, seolah-olah tidak mengendahkan krisis yang berlaku di Syria, beliau telah pun membuka kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki sejak perang saudara meletus di Syria pada Mac 2011.
Erdogan juga sentiasa memastikan agar bantuan kesihatan dan makanan sentiasa diberikan kepada golongan pelarian malang itu. Kem pelarian yang dibina di sempadan Turki telah memudahkan skuad sukarelawan dari pelbagai negara tampil untuk memberikan bantuan kepada mangsa perang.
https://goo.gl/images/u2mSio |
Sehingga ke hari ini, negara Turki di bawah kepimpinan Erdogan telah menampung hampir dua juta pelarian Syria dalam peraturan perlindungan sementara. Ramai antara golongan pelarian terdiri daripada kanak-kanak yang perlu diberikan perlindungan dan pendidikan. Sebagai inisiatif, kerajaan Turki juga telah membina sekolah-sekolah kepada warga Syria untuk memastikan anak-anak Syria menikmati pendidikan yang baik.
Kercedasan dan kewibawaan Reccep Tayyip Erdogan telah berjaya mentranformasikan negara Turki kearah yang sangat baik dan mampu bersaing dengan negara-negara besar yang lain.Sikap penyayang dan keprihatinan yang dimilikinya telah berjaya menambat hati rakyatnya dan umat islam negara lain.
Ilmuawan Turki menganggap era transformasi yang berlaku di Turki hari ini sebagai Neo-Ottomanisme. Reccep Tayyip Erdogan nampaknya telah mencipta sejarah baru di bumi Turki. Semoga gaya kepimpinan beliau terus menjadi ikutan anak muda yang ingin membina legasi dan ketamadunan Islam.
No comments:
Post a Comment