Sunday, September 30, 2018

Extreme Sports

Hasil carian imej untuk extreme sport
https://goo.gl/images/8kn4pf






Hai guys, so hari ni aku nak kongsi top 5 sukan ekstreme yang aku nak sangat cuba.


1.White water rafting 

Hasil carian imej untuk white water rafting bali
https://goo.gl/images/khhmNm



White water rafting ialah sejenis sukan air yang amat sesuai untuk semua tidak kira anda bujang atau berkekasih, bersama kawan atau keluarga. Kita dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya melinkungi tahap rendah hingga tahap tinggi sekali. Aktiviti berakit ini mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air. Bukan masalah besar untuk sesiapa yang tidak tahu berenang kerana mereka akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar akan berakit bersama anda

2.Paragliding

Imej yang berkaitan
https://goo.gl/images/aTLcM2


Paragliding merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang semakin hari semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti ini memberi peluang yang baik kepada sesiapa yang hendak menikmati pemandangan indah semula jadi dari atas langit. Untuk aktiviti ini, kita perlu berlepas daripada tempat yang tinggi seperti dari atas puncak bukit. Dari situ, kita boleh serahkan yang lain kepada instruktor kerana dia akan mengambil alih untuk mengawal payung terjun anda. Jadi, anda tidak perlu berasa susah hati dan menikmati penerbangan tersebut dengan pakar paraglider.


3.Rock climbing



Imej yang berkaitan
https://goo.gl/images/b4wn3A

Rock climbing tidak sama dengan wall climbing kerana permukaan batu tidak sama-rata dan anda perlu pandai mencari cara untuk panjat ke atas. Aktiviti ini dikira ekstrem kerana bukannya sesenang yang anda lihat. Mentaliti dan stamina anda perlu stabil untuk panjat sampai atas yang jaraknya 50 kaki dari tanah. Kalau pasal keselamatan tidak perlu risaukan, kita akan dilengkapkan dengan tali keselamatan semasa memanjat. Sukan ini juga merupakan peluang yang terbaik untuk mengatasi rasa gayat , manalah tahu kita mungkin ialah ‘spiderman’ yang seterusnya.

4.Bungee jumping 


Imej yang berkaitan
https://goo.gl/images/6JWfEH

Bungee jumping ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat sekarang. Walaupun begitu, ramai yang belum cuba aktiviti ekstrem ini sama ada mereka tidak berani ataupun memang tidak tahu tentang bungee. Bagi peminat bungee,mesti sudah tahu bahawa dalam extreme park sunway lagoon juga terdapat aktiviti seperti ini. Kalau aku ada masa sumpah nak try sukan ini.

5.Shark Diving



Hasil carian imej untuk shark diving klcc
https://goo.gl/images/MGRU8c
Shark Diving ,kalau korang rasa aktiviti di atas tidak cukup ekstrem, cubalah menyelam bersama ikan yu. Tidak perlu pun pergi jauh sampai masuk ke dalam laut dalam, sekarang kita dah boleh berenang bersama ikan-ikan yu di Aquria KLCC. Para penyelam akan diberi alat selam yang lengkap dan amaran tentang beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menyelam di dalam aquarium besar tersebut. Aktiviti ekstrem ini hanya sesuai untuk penyelam yang berlesen sahaja.

That's all for today,so next time pulak yee👦.
Jom kita tengok video the most extreme sports in 2018...




No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...