Thursday, September 13, 2018

Buang asid urik

Pembuangan asid urik menggunakan bahan semulajadi


Asid urik merupakan sisa buangan bertoksik yang terhasil dari penguraian purin, iaitu sebatian semulajadi yang terkandung dalam sesetengah makanan dan juga tisu tubuh badan. Biasanya asid urik yang terhasil ni akan larut dalam darah dan kemudiannya melalui buah pinggang dan di buang ke dalam urin. Kesihatan tubuh boleh terjejas sekiranya asid urik yang dihasilkan oleh tubuh terlalu banyak atau badan tidak dapat menyingkirkan asid urik secukupnya sehingga menyebabkan paras asid urik meningkat dalam badan.


Tahap asid urik yang tinggi dalam tubuh boleh membawa kepada sakit gout, iaitu keadaan di mana kristal pepejal terbentuk di bahagian sendi yang menyebabkan kesakitan pada individu yang mengalaminya. Bagi kes-kes yang teruk, asid urik yang tinggi boleh menyebabkan batu karang dan juga kegagalan buah pinggang.
Jadi, amat penting bagi kita untuk mengawal paras asid urik dalam tubuh. Bagaimana caranya? Boleh ikuti beberapa cara kurangkan asid urik tinggi dalam tubuh secara semulajadi yang saya kongsikan dibawah.

1)cuka epal


Campurkan satu sudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan cuba amalkan setiap hari. Cuka epal bertindak seperti pembersih semula jadi dan penyahtoksik. Ia mengandungi asid malic yang membantu dalam memecahkan dan mengeluarkan asid urik dari badan. Buah epal juga mempunyai asid malic dan anda disarankan makan sekurangnya satu biji setiap hari.
2)jus lemon



Amalkan minum jus lemon sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jus lemon mengandungi asid sitrik yang membantu melarutkan asid urik. Anda juga digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren dan jambu batu

3)buah dan sayur yang kaya dengan antioksida



Satu kajian yang dijalankan oleh University Maryland mencadangkan perbanyakkan buah kaya antioksida seperti ceri, blueberi dan strawberi. Buah beri berkulit gelap mengandungi flavonoid yang dikenali sebagai antocyanins yang membantu mengurangkan keradangan dan kekakuan. Makanan beralkali seperti tomato dan ‘bell peppers’ juga membantu dengan menyeimbangkan paras asid dalam tubuh.

4)Biji saderi



Biji saderi kaya dengan asid lemak omega-6 dan juga minyak diuretik yang lain. Merupakan diurektik yang kuat, ia membantu dalam membersihkan cecair berlebihan dengan merangsang buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik. Biji saderi juga menjadikan darah beralkali serta mengurangkan keradangan dalam badan. Disarankan mengambil setengah sudu teh biji saderi kering sekali sehari disertai dengan pengambilan air yang banyak.


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...