Saturday, August 18, 2018

MENGGORENG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Source:http://sandiwara-paradigma.blogspot.com/2010/04/konsert-double-trouble-1-may-2010.html
Ok untuk entry kalini aku akan cerita tentang menggoreng,menggoreng kali ini bukan lah menggoreng nasi mahupun kertas peperiksaan tetapi apa yang dimaksudkan adalah menggoreng pada instrumen yang bernama gitar atau dalam bahasa orang putih iaitu 'guitar shredding'. Pak goreng yg tersohor kat tanah air ni antaranya adalah Joe wings(Wings),Man Kidal(Lefthanded),Rosli Muhalim(Sweet Charity),Hillary Ang(Search) serta beberapa lagi yang lain Manakala bila kita lihat dari sudut global pula,Slash(Guns n Roses),Kirk Hammett(Metallica),Ozzy Osbourne(Black Sabbath),Synyster Gates(A7X) dan banyak lagi lah.Okay,mereka-mereka ni memerlukan kepantasan dan ketajaman minda untuk menghasilkan melodi pada gitar,ada yang tersangat laju dan ada juga yang perlahan,sedap atau tidak bergantung pada yang mendengar.

Source:https://957benfm.com/2016/04/01/guitar-month-slash/

Tetapi,zaman sekarang sudah kurang penggunaan gitar solo ini kerana industri rap sedang berleluasa.Kalau kita tengok pada zaman dahulu,setiap lagu mesti ada ruang dan peluang untuk menggoreng gitar tak kisah lah lagu jiwang karat ke,lagu metal ke,lagu grunge ke semua mesti ada goreng kecuali lagu rap.Okay menggoreng gitar ni memerlukan latihan yang tinggi dan bukan mudah untuk dipelajari contohnya ubahan dari fret satu ke fret 14 memerlukan kelajuan dan ketepatan dan bukannya baru nak mengira fret.Fret disini adalah bahagian yg terdapat pada gitar,fret satu bermula dari depan gitar dan yang lain ikut sahaja 2,3 dan seterusnya ada yang sehingga 19 fret,21fret,24 fret,27 fret.Rasanya sampai sini saja entry kali ini.Sekian.
Source:http://music.wikia.com/wiki/Synyster_Gates
Source:http://tulisanpenamujahid.blogspot.com/2015/12/assalamualaikum-pada-coretan-saya-kali.html

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...