Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan bin Muhammad, daerah Segamat asalnya dikenali sebagai Rantau Panjang. Sekitar tahun 1511, Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Tepok dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque. Bendahara dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan meminum air sungai tersebut. Setelah meminumnya, beliau berkata, "Segar amat badanku ini!", dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat. Namun demikian, nama tersebut hanya diguna pakai pada sungai tersebut sahaja. Petempatan yang seterusnya menjadi pusat bandar Segamat asalnya dipanggil Rantau Panjang. Bandar tersebut hanya mengambil nama sungai itu pada awal abad ke-20.
Info tentang Segamat
Untuk pengetahuan anda Segamat sangat terkenal dengan buah durian. Di sebabkan itu tugu rasmi Segamat adalah berbentuk durian.Sebut sahaja apa yang diinginkan Musang King, IOI, D24, dan apatah lagi durian kampung yang sangat special di Segamat , semuanya ada dijual dengan harga yang murah.
www.flickr.com
Tempat menarik di Segamat
www.cj.my
Bolehlah ajak family n member lepak dataran Segamat. Hujung minggu ada Bazaar Karat. Barang pun murah-murah.
www.j-travel.blogspot.com
Tempat ni orang selalu panggil air terjun bekok. Kalau nak mandi manda boleh datang ke sini tapi hujung minggu memang ramai orang
www.youtube.com
Tempat ni boleh di katakan baru jugaklah saya pun belum pergi lagi..tapi view kat sini memang nice sebab dekat tepi sungai...kedai makan pun banyak..cakap je nak makan apa semua ada....makan kawan pun kadang2 ada...hehe
www.flickriver.com
Pemandangan tepi sungai segamat di senjakala...mantapppp
www.president.com.my
Ni pintu gerbang Segamat jika datang dari Johor Bahru
Ok geng.....datanglah ke Segamat untuk rasa feel dia sendiri...bawak family n member stay dua ke tiga hari kt sini....hotel ngan homestay pun murah-murah geng...saya pun ade homestay jugak..satu malam RM200...nanti saya update lagi tentang homestay saya..Insyaallah
Itu je untuk entry kali ni....sekian..
No comments:
Post a Comment