Bagi mereka yang membesar dalam sekitar tahun 90-an, aku
yakin korang semua pasti kenal dengan majalah humor "Ujang" dan
"Apo?".
Alhamdulillah, aku juga sempat merasa
kemeriahan membeli, membaca dan mengumpul komik-komik tempatan ni. Entry diorang
yang paling ngam biasanya waktu bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri. Komik
Ujang dengan tagline "Lawak Antarabangsa" dan komik apo dengan
tagline "Lawak Antarabenua", mereka ni cuba mengetengahkan suasana
kampung dan kehidupan masyarakat Malaysia yang berada di kelas pertengahan.
Contohnya watak-watak seperti Mat Despatch,
Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi. Jadi bagi aku tema yang diorang bawa memang
senang nak faham dan tak melarat.
Malangnya pada 12 Ogos 2015, Moy
Publication iaitu pemilik kepada kedua-dua majalah ini mengumumkan yg syarikat
dah berhenti operasi. Bagi aku paling sedih dan kesian kat kartunis-kartunis
komik ni sebab diorang dah lama cari makan kat sana. Harapan aku Malaysia dapat
keluarkan lagi komik-komik macam ni sebab pengalaman baca komik menurusi media
cetak dan media siber memang teramat berbeza.
source: http://gayour.blogspot.com/2015/08/majalah-ujang-dalam-kenangan.html
source: http://gayour.blogspot.com/2015/08/majalah-ujang-dalam-kenangan.html
No comments:
Post a Comment