Seperti yang kita pelajari dalam Sejarah Tanah Air,Portugis telah menakluk Melaka pada tahun 1511.Penaklukan ini diketuai oleh Alfonso de Alburqurque dan dibantu oleh 158 biji kapal dan 15300 bala tentera.
http://biskutmanis.com/wp-content/uploads/2015/09/13.jpg
Setelah berhempas pulas, Portugis yang cuba untuk mengalahkan Melaka yang diketuai oleh lima pahlawan agung iaitu(Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi) akhirnya mereka berjaya untuk menawan Melaka.Melaka memberikan tentangan yang hebat walaupun kekurangan peralatan perang,namun Melaka berjaya untuk membunuh hampir 12000 bala tentera Portugis.
http://bp1.blogger.com/_m-wZgPTJQS4/Ria1pJrRFdI/AAAAAAAAACU/pbkNqiQ- 8RM/s400/Orang+Melayu+Melaka.jpg
Pada tahun 1512,setelah berjaya menawan Melaka,Portugis cuba pula untuk menawan negeri Kedah dan Pulau Pinang yang pada waktu itu merupakan pusat pengeluaran tebu di rantau Asia Tenggara ini.Pada Mac 1512,Alfonso de Alburqurque telah menghantar sekumpulan perisik untuk mendapatkan maklumat mengenai kekuatan bala tentera negeri tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgDOw6JdtilfxwiCIrFYpD7NEc6MzeG52qKSzgL_G6FZvV0OFRLVUoxjiec4Zhqkhv_ksecsartqkYeenZ1Q4bdliwUQN-woOEKXcpl-bpmF-RysDDm5fCvp6pTsxmIFNqdd286EdtIyI/s1600/Albuquerque.gif
Setelah hampir 3 bulan kumpulan perisik Portugis berada di sana,akhirnya mereka pulang ke Melaka untuk memberikan maklumat kepada Alfonso de Alburqurque
Perisik 1.2.3 – “selamat pagi tuan” (sambil bertabik) Alfonso > “selamat pagi”
Perisik 1 – “Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang.” Alfonso > “Kenapa kuat sangatkah mereka itu..?” (dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 – “Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawanterhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Likir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang.”
Perisik 3 – “Betoi tu tuan. Di antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, pak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang yang ada kat sana.”
.
Reaksi Alfonso setelah mendengar cerita perisiknya
Setelah mendengar perkhabaran begitu akhirnya Alfonso membatalkan hasratnya untuk menawan dua negeri tersebut lalu pulang ke Portugal menanam jagung tok wannya.
Cerita ini hanya rekaan semata mata yang disampaikan mak saya supaya saya mudah tidur malam malam.Maaf kalau ada terguris perasaan mana mana pihak.Semoga hampa sihat sihat belaka.
No comments:
Post a Comment