Sunday, October 28, 2018

TREEHOUSE DI MALAYSIA !



Ingat kat oversea je ada treehouse? Haa kat Malaysia pun ada treehouse tau! Ini adalah senarai treehouse kat Malaysia yang akan berikan korang pengalaman unik dan lain dari yang lain.

1. Japamala Resort.
📍Kampung Lanting, 26800, Pahang

Anda suka pantai tetapi pada masa yang sama anda juga pencinta alam semula jadi? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak di Pulau Tioman, resort ini dibina sepanjang gunung dan terletak dekat dengan pantai. Jadi, bayangkanlah keseronokan yang anda rasai ketika menginap di tree house yang dikelilingi pokok sambil menikmati pemandangan laut. Lebih syok lagi,anda boleh menginap di chalet yang mempunyai kolam renang peribadi. Syoknya!

source: google image
2. Fox Hill Tree Top
📍Lot PT 91, Kg Telok, Mk Ulu Melaka, 07000 Langkawi

Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan mementingkan privasi. Anda akan berasa seperti berada di dunia anda sendiri dengan pemandangan dan suasana yang nyaman dikelilingi kehijauan. Walaupun di dalam hutan, pelbagai kemudahan boleh didapatkan di sini.

source: google image
3. Rainforest Tree House
📍Gunung Pulai, Taman Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor

Rainforest Tree House adalah tempat percutian relaks mempunyai enam tree house yang rustic terletak di hutan Gunung Pulai, Johor. Lebih seronok, sumber bekalan air di sini adalah dari gunung itu sendiri, bayangkan kesejukan dan kesegaran anda dapat! Uniknya di sini, mereka ada hammock yang besar tergantung di celahan pokok-pokok.

source: google image
4. The Roots Eco Resort
📍Jalan Chemor 10 1/2, Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh, Perak

Meskipun Ipoh merupakan salah satu destinasi paling popular dilawati, tetapi mungkin masih ramai tidak tahu tentang kewujudan The Roots Eco Resort ini. Tree house di sini kelihatan seperti rumah orang asli yang biasa dilihat. Selain kolam renang, The Roots turut menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, pemanas air, kipas dan jakuzzi di dalam chalet. Bestnya!

source: google image
5. Tungog Rainforest Eco Camp
📍Pin-Supu Forest Reserve Mukim Batu Puteh, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah

The Tungog Rainforest Eco Camp ini simple dan sesuai bagi mereka yang benar-benar cintakan alam semula jadi. Anda akan nikmati pemandangan dan kecantikan sebenar hutan hujan Borneo dari platform pemerhatian hutan itu yang terletak di antara pokok-pokok. Tiada gajet? Tiada masalah.

source: google image
6. Green Acres
📍Batu Itam, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Jika anda peminat tegar durian, anda perlu rasai pengalaman tinggal di tree house di sini. Green Acres adalah ladang organik sebesar 16 ekar yang mengekalkan lebih 500 pokok buah-buahan terutamanya durian dan tumbuh-tumbuhan rempah. Mereka turut menawarkan lawatan kebun yang membolehkan anda untuk menuai jus dan jem buah-buahan dari kebun itu.

source: google image
7. Malibest Resort
📍Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi

Anda akan dapat dengar bunyi deruan ombak dan menikmati pandangan laut yang menakjubkan di sini kerana ianya terletak di pantai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan memandangkan lokasi resort ini strategik dan tempat tumpuan ramai iaitu Pantai Cenang. Kalau teringin nak rasai pengalaman tidur di tree house sambil menikmati kesegaran angin di tepi pantai, boleh lah pergi sini!

source: google image
8. Melina Beach Resort
📍Kampong Genting, 86800 Pulau Tioman, Pahang

Melina Beach Resort terletak di sebuah pantai terpencil di kaki Gunung Kajang di Pulau Tioman. Ramai tidak tahu tentang kewujudan tempat ini, jadi mungkin ramai tidak tahu di sini mempunyai tree house. Terletak di tepi pantai, anda boleh nikmati pemandangan laut, mendengar deruan ombak dan angin pantai dengan tenang sambil menikmati minuman dan makanan. Best kan!

source: google image
9. Permai Rainforest Retreat
📍Pantai Damai Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak

Jika anda merancang untuk bercuti di Sarawak, di sana terdapat resort tersembunyi berdekatan Pantai Damai, terletak di Kuching. Selain aktiviti waktu malam, anda juga  boleh melihat ikan lumba lumba Irawadi dan kelip-kelip. Mereka juga ada kayak, snorkeling dan beberapa aktiviti lain. Paling best sekali, walaupun anda sewa tree house di dalam hutan, anda masih tetap boleh nikmati pemandangan laut!

source: google image


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...