PANTAI TELUK CEMPEDAK
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Kuantan. PTC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi menarik di Pahang.
Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik.
Seterusnya,kebiasaannya pada waktu petang orang akan mengunjungi PTC adalah untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan mahu merasai angin pantai yang segar dan nyaman disamping ingin meluangkan masa untuk berjalan bersama kekasih dan orang tersayang.Lebih menarik sambil menikmati angin sempoi-sempoi bahasa,pasangan kekasih juga boleh menikmati hidangan romantik di restoran terkenal disitu yang bernama LOTENG kerana sambil makan boleh melihat pantai yang cantik diwaktu senja.
Pada waktu malam,remaja membanjiri PTC untuk melapak bersama kawan-kawan kerana disitu terdapat gerai-gerai makan ala-ala western dan asian.Terdapat juga ekspo menjual barang seperti baju,seluar jeans,topi dan lain-lain.Mudah untuk dijelaskan PTC ini pada waktu malam adalah tempat untuk remaja melepak dari malam hingga ke pagi.
No comments:
Post a Comment