Friday, October 5, 2018

BARONGAN

Entry kali ini saya akan berkongsi sedikit tentang tarian barongan atau reog ponorogo yang terkenal dalam tradisi masyarakat Jawa...

Asal Usul Barongan di Malaysia

Ianya bermula di Batu Pahat, Johor dengan kedatangan Saikon Kentos dari Ponorogo, Jawa Timur pada 1901 dan menetap di kampung Perpat. Di kampung tersebut terdapat banyak kaum seperti Jawa, Melayu, Bugis dan lain-lain tetapi ramai yang berasal dari Ponorogo yang menyebabkan tarian barongan ini berkembang dengan cepat. Tarian ini sering dilakukan sekiranya terdapat majlis-majlis penting serta sebagai persembahan kesenian kepada penonton.

barongan 2
                    www.orangjohor.com
 Image result for Barongan
                         www.jatim.antaranews.com

Muzik gamelan merupakan muzik utama untuk tarian barongan. Terdapat juga alat muzik penting yang lain seperti gendang, tipong, gong, kenong dan lain-lain. Muziknya adalah terdiri daripada lagu Ponorogoan, Mediunan, Kitar atau iring-iring.

barongan 5
                                       www.orangjohor.com

Terdahulunya, sebelum tarian barongan ini diadakan, upacara Sajen(sajian) akan dilakukan untuk menjaga dan melindungi keselamatan orang-orang kampung. Hal ini kerana setiap kampung dikatakan berpenunggu dan keizinan perlu diminta dengan upacara Sajen. Namun, selepas ajaran Islam semakin kuat, upacara ini dianggap tidak bertepatan dengan ajaran Islam dan ianya tidak boleh dilakukan lagi.




Image result for upacara sajen
                                www.budayajawa.id

Kini terdapat banyak pihak yang menentang tarian ini tetapi masih diamalkan oleh segelintir masyarakat di Batu Pahat.

Sekian sahaja untuk entry kali ini...
Gendang, Tipong, Gong, Kenong, Sompret dan Angklung. Alat muzik tersebut dimainkan dengan tiga jenis lagu untuk mengiringi persembahan Reog atau Barongan yakni lagu Kitar atau Iring-iring, lagu Mediunan dan lagu Ponorogoan

Artikel Penuh: https://www.orangjohor.com/sejarah-dan-asal-usul-seni-warisan-barongan-reog-ponorogo-di-johor-warisan-asli-keturunan-jawa.html
© orangjohor.com
Gendang, Tipong, Gong, Kenong, Sompret dan Angklung. Alat muzik tersebut dimainkan dengan tiga jenis lagu untuk mengiringi persembahan Reog atau Barongan yakni lagu Kitar atau Iring-iring, lagu Mediunan dan lagu Ponorogoan

Artikel Penuh: https://www.orangjohor.com/sejarah-dan-asal-usul-seni-warisan-barongan-reog-ponorogo-di-johor-warisan-asli-keturunan-jawa.html
© orangjohor.co

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...