Monday, October 22, 2018

PERKEMAHAN

Aktiviti perkhemahan sudah pastinya akan dilaksanakan oleh mana-mana institusi, baik sekolah mahu pun universiti. Tahukah anda, apakah tujuan dan kelebihan-kelebihan menghadirkan diri dalam aktiviti seperti ini? Mari kita selidik!

1. Membentuk kesepakatan dalam membuat pekerjaan. 
Semasa kita di kem lah, kita akan makan bersama-sama, menyelesaikan tugasan dalam satu pasukan serta bekerjasama antara satu sama lain menyelesaikan permasalahan yang datang.


2. Melatih chef2 cilik
Selain daripada aktiviti-aktiviti berat, kemahiran memasak juga perlu ada dalam diri setiap individu. Di sini para peserta akan diajar kaedah memasak oleh jurulatih-jurulatih yang berkemahiran.


3. Menggilap kreativiti
Sebagai seorang yang profesional, kita haruslah mempunyai kemahiran untuk hidup dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, gambar menunjukkan para pesarta telah berjaya membina kawasan berteduh sekiranya berlaku hujan.


4. Melatih disiplin
Disiplin merupakan elemen yang harus dilatih setiap hari. Ini adalah bertujuan untuk membentuk insan yang unggul, berfikiran matang serta patuh pada arahan ketua.

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...