Saturday, October 20, 2018

Burung terbesar dunia

1. Burung Unta

Dengan leher yang panjang dan bulu berwarna coklat, ini menjadikan burung unta sebagai burung tertinggi dan terberat di dunia. Bagi burung unta betina, ia boleh mencapai berat sehingga 200 paun dan tinggi enam kaki. Sementara burung unta jantan pula boleh mencecah ketinggian sembilan kaki dan berat 280 paun. Bebola matnya saja berukuran dua inci dan ia disempadani oleh bulu mata yang panjang menjadikan burung unta pemilik mata terbesar bagi mana-mana binatang darat

Burung unta. en.wikipedia.com


2. Burung Gret Bustard 
Burung Great bustard dianggap burung paling berat dalam spesis burung yang boleh terbang di udara. Maka tidak hairanlah mengapa sesetengah pengkaji burung atau ahli ornitologi menngelarnya the flying fortress. Burung ini biasanya mempunyai berat 35 paun, tapi dalam satu kes , berat trerbesar pernah dicatat ialah 46 paun. Kalau dilihat dari jauh ia memyerupai angsa tetapi mempunyai kaki yang lebih panjang dan leher yang lebih lurus berbanding angsa.

Great Bustard. wikipedia.org

3.Albatros
Albatros  sememangnya dikenali sebagai burung yang mampu terbang pada jarak jauh. Ini disebabkan sayapnya yang paling panjang dalam dunia burung denga ukuran 11 kaki merentasi kedua-dua sayapnya . Dengan berat antara 17 hingga 25 paun dan panjang tiga setengah kaki dari ekor hingga kepala amat membantu burung ini melakukan perjalanan jauh. Menurut Bird, burung ini menghabiskan masanya di Laut selatan dan diketahui mengelilingi laut berkenaan tiga kali setiap tahun.

Kelebaran Sayap Albatros. quora.com




Burung Albatros. wikipedia.org



No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...