Friday, October 5, 2018

GENG MENCARI MISTIK

HI SEMUA , KETEMU KITA LAGI PADA HARI INI . MACAM SEMUA RAJIN NAK TULIS BLOG YER HARINI . TAKPE MARI KITA MEMBACA SATU KISAH YANG SAYA ALAMI SENDIRI .

Di sini bermulanyaaaa,
ketika ini pada tahun 2014 , saya dan kawan-kawan sering keluar pergi melakukan aktiviti riadah pagi dengan menaiki motor . Kebiasaanya , kami berjogging dan bermain futsal biasalah lagikan pula ketika itu pada bulan december iaitu masa cuti . Tetapi pada pagi tersebut , tidak ramai daripada geng kami yang hadir bermain futsal mungkin mereka tidur agaknya . Tapi tidak mengapalah kami pun tiba tiba terfikir untuk pergi ke sebuah hotel yang sudah lama ditinggalkan di sekitar bandar kami iaitu di mersing . Hotel tersebut diberi nama RAJA VILLA RESORT

hotel ini telah lama ditinggalkan dah sudah buruk usang . kami pun apa lagi rasa macam nak mengetahui apa yang seram sangat apabila sebuah hotel lama ditinggalkan tanpa jagaan orang . kami pun pergi naik moto . vrommm vrommmm !

setelah sampai kami mematikan enjin motor di hadapan kedai berhampiran hotel tersebut . Raja villa ni terletak kat atas bukit yer guys so untuk keselamatan kami pun hanya berjalan kaki ke atas bukit tersebut tapi takde lah jauh sangat .

selepas kami berjalan perlahan-perlahan , kami pun sampai betul-betul dihadap hotel tersebut . keadaannya tersangat usang serta kotor dipenuhi tompok-tompok hitam . selepas kami merakam beberapa video untuk dijadi bukti , TIBA-TIBA ......... kami mendengar bunyi air shower dengan kuat . saya dan kawan-kawan tergamam dan saling melihat antara satu sama lain . Setelah itu , keadaan mejadi mula panas apabila tiba-tiba sahaja bunyi perempuan jerit seperti sedang kesakitan . Dannn lagi menakutkan apabila sekeping siling lama yang sudah karat jatuh tiba-tiba dari atas bumbung dan kami pun berlari turun kembali ke motor beramai-ramai . ada yang sampai terjatuh tergolek golek disebabkan ketakutan . kami berlari selaju lajunya dan sampai ke motor . kami terus bergerak ke sebuah pondok untuk berkumpul tetapi berjauhan daripada hotel tersebut . disini saya melampirkan beberapa gambar untuk dijadikan bukti walaupun gambar tak clear kan sorry guys hp time ni low quality camera

                           ini gambar di hadapan resort . kelihatan seperti lembaga di bulan merah itu


 kami sempat juga bergambar tetapi ini sebelum masuk hotel itu yer guys . muka semua macam   happynyaaa
ini merupakan gambar hotel tesebut . hotel ini ada pemandangan laut dihadapannya . ia juga ada swimming pool yang besar yer gais tapi sayang sekali dalamnya sangat kotor .


okay thanks kepada yang membaca kepada semua . jarang sekali yer saya menaip panjang-panjang seperti ini . huhu

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...