Jadi entry kali ni saya nak berkongsi dengan korang semua tentang salah satu lauk kegemaran saya iaitu ayam buttermilk. Pada pandangan saya tiada yang mampu menandingi kesedapan rasa ayam buttermilk lebihan lagi jikalau ianya dimasak oleh mama tercinta saya....
|
google images.com
Jadi macam mana untuk menghasilkan resepi yang indah ini?
Bahan bahan: 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil 2 sudu besar mentega 1 sudu besar cili merah - cincang 2 chili padi - cincang 1 pelepah daun kari Beberapa keping cheese 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal Garam Serbuk lada hitam Bahan perap: 1 sudu kecil garam 1/2 sudu besar gula 2 sudu kecil serbuk kari 1 sudu besar tepung gandum 1 telur Cara cara: Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan. Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese. Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
|
google images.com
google images.com
SELAMAT MENCUBA!!
google images,com
No comments:
Post a Comment