Sunday, October 28, 2018

MEMORY PALACE

Hai, aku nak kongai sikit pasal 'Memory Palace' yang cukup terkenal dalam cerita Sherlock Holmes. Benda ini real sebenarnya dan boleh diamalkan.

source: google image


'Memory Palace' bukannya sejenis fiksyen ataupun sejenis kuasa yang dimiliki oleh Sherlock. Tapi ia adalah kaedah mengingat melalui visual. Ilmuan Yunani dan Rom menggunakan kaedah ini untuk mengingat. Ia juga dipanggil sebagai 'Kaedah Loci'.

Antara sebab sebahagian ilmuan Yunani seperti Socrates tidak menulis adalah kerana daya ingatan mereka yang kuat.

Didapati, daya mengingat tidak mempunyai kaitan langsung dengan daya otak ataupun kecerdikan, tetapi bergantung pada kaedah penggunaan 'Memory Palace'.

Susah nak faham macam mana 'Memory Palace' ini berfungsi kalau menonton cerita 'Sherlock', tapi aku ambil contoh daripada filem Thailand 'Bad Genius'.

source: google image


Lynn ajarkan kepada kawan-kawan dia macam mana nak dapatkan jawapan daripada dia melalui pergerakan tangan. Pergerakan-pergerakan tertentu akan bagi jawapan A, B, C, ataupun D.

source: google image


Tapi apa yang Lynn buat adalah salah satu kaedah menmonic untuk membantu ingatan. Kalau ada kawan-kawan Lynn tak ingat pergerakan jari Lynn merujuk pada apa, dia takkan tahu jawapan yang Lynn bagi.

source: google image


Kaedah 'Memory Palace' lebih kurang juga. Ia juga main visual untuk mengingat. Apa yang Lynn buat pun sebenarnya salah satu kaedah 'Memory Palace'.

Tapi sayangnya, Lynn tak guna kaedah yang sama masa ambil peperiksaan di Australia sampai berkerut dahi dia nak ingat jawapan.

Kau pilih satu tempat, contohnya rumah kau yang kau dapat ingat semua strukturnya. Kau tahu rak-rak buku letak di mana, susunan sofa di mana, gambar-gambar gantung di mana. Semuanya kau ingat.

Kemudian, kau jadikan struktur-struktur, susunan dan barang-barang dalam rumah kau sebagai simbol terhadap sesuatu yang kau nak ingat. Contohnya kau nak ingat nombor Pi 3.141592.

Kau jadikan 3 gambar tergantung di rumah kau sebagai simbol 3, kemudian sebelah gambar terdapat sebatang raket tergantung menunjukkan 1, kemudian bawah raket ada 4 kerusi menunjukkan 4. Depan sofa pula ada satu meja menujukkan simbol 1. Turutan dari gambar menunjukkan turutan bagi nombor Pi. Benda ini boleh dibuat untuk ingat benda-benda lain juga. Kau ambil rumah kau sebab kau familiar dengan rumah kau. 

Kemudian, kau jadikan rumah kau sendiri sebagai simbolik benda yang kau nak ingat. Contoh lain, kau jadikan buku lima  untuk ingat jumlah hari dalam bulan tertentu sama ada 31 hari ataupun 30 hari.

Sebab itu ia dipanggil 'Memory Palace' sebab kalau kau lupa, kau boleh masuk balik 'Palace' kau untuk dapatkan maklumat itu semula.

'Palace' ini pula adalah visual ataupun persekitaran yang kau familiar dan kau boleh ingat. Ada orang nak ingat, dia mencatat. Ada orang guna visual persekitaran dan 'masukkan' maklumat pada persekitaran tersebut.

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...