Perkara ini mula terdetik apa bila Sonny sewaktu kecil sering melihat ibunya bersusah payah mencari rezeki. Oleh hal tersebut Sonny mula bekerja manjadi buruh dan pengangkut barang ketika diusia remaja.
SBW pernah menolak tawaran perpindahan sebanyak €2.5 juta. SportsJOE.ie |
SBW sewaktu melawat kem pelarian Syria. News.com.au |
Sonny juga mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang datang menyerbu ke arah beliau pada tahun 2015.
Seperti sedia maklum, Sonny merupakan seorang muslim yang pertama menjadi ahli pasukan ragbi terkemuka di dunia iaitu All Blacks. Pada tahun 2015 juga Sonny pernah menerima kritikan kerana memuat naik gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun Twitter beliau. Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai program UNICEF di kem pelarian Syria di Lubnan.
SBW di Madinah. dailymail.co.uk |
Beliau pernah mencacah tatoo di badan, namun kini tiada lagi tatoo tambahan. Tatoo yang berda di badan kini merupakan tatoo lama sewaktu zaman gelap dahulu.
"Kini saya rasakan diri saya orang yang sama namun memeluk Islam menjadikan diri saya lebih tenang dan gembira. Susah untuk digambarkan perasaan itu"- Sonny.
SBW sewaktu mengerjakan umrah. foxsports.com.au |
No comments:
Post a Comment