Saturday, October 27, 2018

KENAPA API TIADA BAYANG ?

source: google image

Api terhasil daripada pengoksidaan (oxidizing) tindak balas kimia yang menghasilkan haba dan cahaya. Api yang kita nampak bercahaya-cahaya ini sebenarnya adalah kumpulan gas-gas.

Sebelum itu, mari kita fahami dulu bagaimana bayang terbentuk. Bayang ini terbentuk apabila cahaya dihalang laluannya oleh objek pepejal, dan cahaya ini diserap oleh objek pepejal tersebut.
Jadi, terbentuklah bayang.

Gas seperti api tidak dapat membentuk bayang kerana struktur gas yang jarak-jarak sehingga bagi laluan kepada cahaya dan tidak dapat menyerap cahaya dengan baik.

Pepejal (solid) pula dapat bagi bayang kerana strukturnya yang dapat menghalang cahaya dengan baik. Duduk rapat. Asasnya, api sebenarnya ada bayang, tetapi sangat samar dan sukar untuk kelihatan sebab gas tak dapat menyerap cahaya dengan baik.

source: google image

 Kalau kelihatan bayang api, biasanya ia adalah hasil daripada jelaga (soot) yang dihasilkan oleh api yang bersifat pepejal kecil (small solid).

Selain itu, api ini juga cahaya. Cahaya tidak akan dapat menyerap ataupun 'block' cahaya lain untuk menghasilkan bayang. Kalau api tiada cahaya, kita akan melihat api ini macam gas-gas lain, iaitu tidak kelihatan.

Macam kentut. Bau ada, tapi tak nampak. Sebab apa tak nampak? Sebab kentut tak dapat menyerap dan memantulkan cahaya dengan baik untuk manusia dapat melihat. Sebab itu ia tidak kelihatan dan tiada bayang.

source: google image
Kalau api tiada cahaya, api pun kita tak dapat lihat. Tapi sebab api adalah cahaya, dapatlah kita melihatnya dan dapat tangkap gambarnya.

Api ada dalam dua keadaan jirim, gas dan plasma. Api gas lebih rendah suhunya berbanding api plasma. Api plasma mencecah ribuan darjah Celsius dan susunan atomnya lebih jarak berbanding gas.

source: google image

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...