Sunday, October 7, 2018

SBPI SABAK BERNAM

Okay harini saya akan kongsikan info serba sedikit tentang sekolah saya iaitu SBPI Sabak Bernam atau dikenali sebagai Intesaber.Ok sekolah saya ni terletak di dalam perkampungan jawa di Sabak Bernam yang bersempadan dengan Teluk Intan.Bagi yang pertama kali datang ke sekolah saya,sudah pasti mereka akan tersesat dan terpaksa tanya orang kampung di mana sekolah saya kerana jalan di kampung itu berliku-liku dan sekolah saya agak dalam tetapi pemandangan di situ amatlah indah.

Sumber:https://www.facebook.com/SBPISabakBernamINTESABER/ 
Sumber:https://www.youtube.com/watch?v=cF5Z69ziI2A











   Sekolah ini ditubuhkan oleh Ustaz Ahmadi serta beberapa rakannya pada 8 Julai 2002.Sebelum namanya SBPI Sabak Bernam ia dipanggil SEMERBAK ataupun Sekolah Menengah Agama Persekutuan Sabak Bernam.Ustaz Ahmadi masih setia mengajar di SBPI Sabak Bernam walaupun sudah ditawar menjadi pengetua di sekolah lain membuatkan saya rasa kagum dan bangga dengan beliau.




Sumber:http://dai-muda-intesaber.blogspot.com/2017/06/laporan-aktiviti-sekolah-las-2017.html
















Apa yang istimewa di sekolah ini adalah ia terletak di tepi pantai dan kami selalu mengadakan aktiviti kokurikulum di pantai seperti mengutip remis dan memancing .Malangnya,pantai tersebut tidak boleh dibuat untuk bermandi-manda.






Sumber:http://dai-muda-intesaber.blogspot.com/2017/06/laporan-aktiviti-sekolah-las-2017.html

(Team sofbol :) )






Disebabkan sekolah kami terletak di ceruk kampung,maka sekolah kami tiada kes 'fly' yang sering berlaku di kebanyakkan sekolah asrama.Sekolah kami menggunakan sistem rumah untuk bersaing sesama sendiri iaitu rumah biru diberi nama radon,merah helium,kuning kripton,xenon hijau.Saya merupakan ahli radon ketika itu yang cemerlang gemilang dan terbilang hehehe.Sekian dari saya.

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...