Monday, October 22, 2018

Taman Botani Shah Alam, Selangor




 1. AVIARY & BUNNY PARK
Di sini, ibu bapa dan kanak-kanak boleh bebas bermain-main dengan arnab-arnab yang ada di sini. Arnab-arnab di sini dibiarkan hidup bebas supaya orang ramai dapat merasai kehidupan yang istimewa bersama haiwan tersebut. Bayaran untuk kanak-kanak adalah RM 5 manakala untuk dewasa adalah RM 7 sahaja.



2. TAMAN HAIWAN & REKREASI
Di taman haiwan ini, pelbagai binatang seperti rusa, kuda, burung-burung dan haiwan-haiwan eksotik boleh dilihat di sini. Sesetengah haiwan di sini juga dibenarkan untuk diberi makanan oleh pelancong sendiri seperti rusa. Selain itu, kanak-kanak juga dapat bergambar dan menunggang kuda-kuda yang ada di sini.


3. RUMAH IKLIM 4 MUSIM
Di sini merupakan lokasi tarikan ramai orang kerana terdapat 4 musim yang tidak pernah dialami di Malaysia. Jadi, inilah kesempatan bagi penduduk Malaysia yang tidak berpeluang ke luar negara untuk merasai sendiri kehidupan di negara-negara lain.


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...