HMS Malaya adalah sebuah kapal yang berada di dalam kelas kapal penempur Queen Elizabeth. Di mana kapal ini di bina oleh Sir W.G Armstrong Withworth. Kapal yang seberat 33,020 tan ini telah ditaja oleh raja-raja dari Persekutuan Negeri Melayu. Cadangan bagi membiayai pembinaan kapal perang ini telah dibuat oleh Sultan Perak pada tahun 1913 dan disokong oleh Sultan Selangor.
|
HMS Malaya. arkibkuno.blogspot.com |
Namun begitu, kapal perang ini dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja British, sebagai penghormatan bagi Persekutuan Melayu yang membiayai kos pembinaan, kapal ini diberi nama HMS Malaya.
|
HMS Malaya meninggalkan New York. iwm.org.uk |
Saiz HMS Malaya ialah 196.82 meter dan mampu berlayar selaju 25knot dilengkapi turbin Parsons Stim yang terdiri daripada 24 buah turbin pada kelajuan 56 500 hp. HMS Malaya dilancarkan pada bulan Mac 1915.
|
senjata yang terdapat di HMS Malaya. 2ndww.blogspot.com |
HMS Malaya telah berkhidmat pada perang dunia pertama dan perang dunia kedua, ketika perang dunia pertama, ramai penduduk tanah melayu telah menderma kepada British untuk berperang di eropah, HMS Malaya berkhidmat dalam Pertempuran Jutland pada 31 Mei 1916 menentang Jerman, dimana HMS Malaya telah diserang lapan kali dan mengalami kerosakan yang teruk lantas memberi kesan kepada anak-anak kapal.
|
HMS Malaya ketika perang 1943. Hobbylinc.com |
No comments:
Post a Comment