Sunday, October 21, 2018

My Hometown


Pada kesempatan ini aku ini menceritakan serba sedikit tentang tempat asalku iaitu Parit Buntar.Daerah ini sangat menarik kerana bersempadan dengan Kedah iaitu di Bandar Baharu dan Pulau Pinang di Nibong Tebal.
Jadi untuk melakukan urusan kerajaan sangatlah mudah kerana cuti umum untuk Kedah pada Jumaat dan Sabtu,manakala Perak dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad.

   *Sungai Kerian yang menjadi sempadan antara 3        negeri 
                           (google image)

Terdapat pelbagai tempat yang menarik terdapat di daerah ini.Antaranya Pasar Kemboja,Ban Pecah dan Pekan Lama Parit Buntar.


 *Jam Besar Parit Buntar                

                              (google image)

Pasar Kemboja Parit Buntar dan Pekan Lama Parit Buntar  merupakan salah satu syurga pakaian bagi mereka yang sangat gemar membeli pakaian.Hal ini kerana,harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan serta mempunyai banyak pilihan.


   *Pasar Kemboja Parit Buntar

                          (google image)

Ban Pecah merupakan salah satu tempat favourite untuk kaki pancing dan penggemar makanan laut.Ban Pecah merupakan satu tempat yang sangat istimewa kerana struktur geografi di sini terdiri daripada sawah padi dan laut.


     *Pemandangan menarik di Ban Pecah
            
                        (google image)


     *Mee Ketam dan Mee Udang yang menjadi kegemaran penggemar di sini.

                           (google image)


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...