Monday, July 16, 2018

salam pembuka bicara



kisah percintaan

kisah ini bermula ketika aku dizaman persekolahan.Nama sekolah haruslah dirahsiakan agar pembaca semua tidak mencari jodoh disitu.Nama aku ahmad dan nama gelaran aku yang sering dipanggil oleh sahabat-sahabat ialah angah kerana aku merupakan anak kedua yang dihasilkan oleh ibu bapa aku.Sewaktu aku di tingkatan 4,aku telah berjaya menawan hati seorang pelajar wanita yang sangat cantik dimata warga lelaki di sekolah.Namanya ialah rahsia.Dia menjadi kegilaan ramai dan tidak dinafikan perasaan bangga menyelubungi di sudut hatiku kerana dia kini menjadi kepunyaanku.Pelbagai cara yang telah aku usahakan demi menawan hati nya yang suci.Antaranya ialah dengan menghantar surat cinta dibwah meja dan juga menyelitkan surat dan kata-kata cinta yang manis umpama gula didalam bukunya ketika waktu rehat menjelma.Selama 5 bulan aku menunjukkan minat dan ketekunanku untuk mendapatkan si dia supaya menjadi milikku selamanya.Satu hari ketika aku ingin memberikan coklat cadbury black forest yang menjadi kegemaran si dia.Aku melihat ade sebuah buku yang cantik dan dibalut dengan baik dibawah mejanya.Aku curi-curi membuka buku itu dan aku menangis kerana tercatat nama aku didalam buku siap dihiasi dengan bentuk hati pada namaku diikuti 'I Love U'.Hatiku berdegup pantas,air mataku mengalir laju.Perasaanku sungguh gembira tatkala ku melihat perkara sebegini.Disinilah bermulanya keberanianku untuk menghantar mesej melalui aplikasi whatapps dan seterusnya berkomunikasi menerusi telefon.Sedar tak sedar si dia sudah menjadi milikku dan perkara yang aku impikan sudah menjadi kenyataan.







No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...