Monday, July 16, 2018

BUNGA YANG GUGUR

Pada suatu ketika dahulu, kapal-kapal saudagar ini gah meredah samudera raya dengan menggibarkan bendera keramat iaitu Malaysia.

Pada ketika itu siapa tidak kenal Malaysia dan MISC pada ketika itu, bermula dari La Spezia, Italy ke Sydney, Australia ke Vancouver, Canada, dari San Francisco, USA dari Rotterdam, Netherlands ke Kaohsiung, Taiwan, dari Shanghai, China ke perlabuhan tersibuk di dunia iaitu Singapura... Sebut sahaja nama keramat iaitu MISC orang tempatan akan kenal dan akan membalas Malaysia....

Sebut saja Bunga Suria, atau Bunga Melati 1 dan Bunga Melati 3, Bunga Cenderawasih dan Bunga Anggerik, Bunga Saga 7 dan Bunga Cempaka 3 sebagai memetik secebis dari armada saudagar Malaysia.....sebutlah ia di kalangan "otai", pasti mereka akan buka cerita kisah pelayaran dizaman 80an dan 90an.... kisah susah senang orang-orang yang meninggalkan keluarga di tanah air menjadi nadi penggerak ekenomi negara...

Ini adalah secebis kisah yang ditinggalkan di dalam perusahaan yang membawa merchant insign Malaysia, dengan pangkal nama "Bunga" yang menjadi terkenal disetiap pelabuhan yang dimasuki, gah dengan pendaftaran Port Klang dan dikendalikan anak tempatan... yang kini perlahan-lahan digantikan dengan warga asing..


MV Bunga Seroja2. source: shipspotting.com

MV Bunga Mawar source: shipspotting.com
MV Bunga Raya. Kapal pertama MISC source: shipspotting.com



Kapal terbaru MISC. FSO Benchamas. source: shipspotting.com

source:  https://m.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/331704553690243/?type=3&p=10

No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...