Muzik dah menjadi medium hiburan sejak zaman sebelum medieval lagi. Cuma rentak dan irama muzik tu lah yang berevolusi bersesuaian mengikut zaman. Aku tak terkecuali berhibur dgn muzik ni. Dalam banyak-banyak genre, alunan irama muzik seni pekik metal menjadi feveret gegendang telinga aku. Aku mula berkecimpung dalam genre metal ni sejak sekolah rendah lagi. Hari-hari lepas balik sekolah, abang aku akan pasang kaset "Metallica live in Seattle 1989" yang dia beli diam-diam kat kedai cd tanpa pengetahuan mak. Situlah titik mula aku jatuh cinta dgn muzik ni.
Dalam metal ni ada banyak subgenres macam thrash metal, heavy metal, death metal, doom metal, metalcore dan bnyak lagi termasuk juga black metal yang mempunyai stigma masyarakat terhadapnya mengaitkan dgn pemujaan syaitan atau satanic.
Setiap subgenre ni berbeza dari segi rentak pukulan drum, chord dan permainan gitar dan lirik lagu itu sendiri.
Tidak adil lah nak chop alunan muzik keras ni sesat atau tersimpang. Kebanyakkan lirik-lirik dalam muzik seperti ini berunsurkan kehidupan atau ekspresi ketidakpuasan hati berbanding dgn lagu-lagu cintan cintun dalam corong radio pada masa sekarang. Harapan aku masyarakat dpt jadi lebih terbuka untuk menerima dan meneroka genre baharu. Aku akhiri entry ni dengan lagu dendangan Megadeth- Tornado of souls.
No comments:
Post a Comment