Baiklah harini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya dan rakan menyertai pertandingan Defense of the Ancient(DOTA) 2,sudah pasti semua yg membaca tahu apa itu dota bukannn hehehe..ok bagi yg belum tahu dota ini ialah permainan online lima lawan lima,maksudnya satu kumpulan lima org lawan kumpulan lain.Objektif permainan Dota ini adalah untuk menghapuskan kampung lawan ataupun headquarters lawan.Untuk info yang lebih lanjut tentang dota ni bolehlah tinggalkan komen di ruang yang disediakan di bawah.
Berbalik kepada pengalaman saya tadi,saya dan rakan sekolah(SBPI Sabak Bernam) seramai lima orang telah bermain di sebuah pertandingan DOTA 2 yang dianjurkan oleh syarikat minuman Mountain Dew pada tahun 2015.Kami semua ketika itu adalah tingkatan 4.
Dari kiri:Imran,Alep,Mukhlis,Ajis,Poji
Pertandingan diadakan di Damansara , kami ke sana sehari sebelum dengan menumpang di rumah kawan di Kuang iaitu rumah kawan sekolah kami juga iaitu Sofiyyul Hadi sebab yang lain semua duduk berdekatan Sabak Bernam dan Sabak Bernam berada di ceruk Selangor dan munkin orang Selangor pun tak tahu di mana Sabak Bernam.Kami di layan dengan baik oleh bapa Hadi kami dibelanja makan di restoran berdekatan.Kami siap dibenarkan menonton perlawanan dota ketika dirumahnya.
Kemudian pada hari esoknya kami ke Damansara untuk bertanding,malangnya kami sesat di tengah jalan maklumlah orang kampung datang bandar.Kami bertanya orang keliling sehingga sampai ke sebuah Cyber Cafe yg kami ingatkan betul rupanya salah tempat yelah sebab nama pun sama.Kami hampir putus asa jadi kami jalan dengan lemah longlai kerana penat .Kami jalan kaki sebab masih belum reti guna uber mahupun grab.Dengan berkat kesabaran kami terjumpa teksi lalu kami cepat2 kejar dan Alhamdulillah pakcik yang bawa teksi tu tahu tempat kami nak pergi.
Kami cepat2 terus daftar dan tunggu giliran untuk bermain.sebelum bermain kami diberi gelang getah sebagai tanda kami peserta,ketua kumpulan dapat warna biru manakala ahli kumpulan dapat warna oren,ketua kumpulan ketika itu merupakan Alep mungkin kerana dia mempunyai keyakinan yang mantap.
Kami main tiga perlawanan,menang satu kalah satu dan seri satu ,disebabkan kalah satu kami tak lepas peringkat kumpulan .Kami bersedih tapi bersyukur kerana kami berpeluang untuk bermain kerana terdapat seorang pemain dari kumpulan lain mengalami kemalangan motor dan dia tidak dapat untuk bermain bersama rakannya dan kumpulan dia juga tersingkir kerana tidak cukup ahli kumpulan.
Pertandingan ini menyediakan air Mountain Dew percuma,jadi untuk atasi kesedihan kami kami ambil sebanyak air Mountain Dew yang boleh ada perisa anggur,oren,original dan mint.Kami pulang setelah selesai bergambar pada petang hari kejadian.
air dekat gambar yang disusun rapi tu semua kitorang punya uahahah
Sekian dari saya :)
No comments:
Post a Comment