Baru-baru ni aku ada tengok satu iklan atau filem animasi pendek daripada Disney. Aku tengok iklan ni kat cinema sebelum movie yg aku nak tengok tu mula. Cerita dia pasal kehidupan seorang lelaki yg bekerja sebagai kerani dalam satu syarikat korporat. Setiap pagi dia akan bangun dan bersiap-siap untuk pergi kerja.
Kamera akan tunjuk gambar otak dan organ-organ lain seperti hati, perut dan buah pinggang yg disambungkan dengan tali untuk menghantar mesej ke otak.
Dia bangun pukul 8.45 pagi. Dia kena sampai office pukul 9.00. Dalam masa perjalanan tu ada conflict yg berlaku. On the way mamat ni nak sampai office, dia ternampak satu restoran. Ramai orang sedang breakfast.
Dia belum makan lagi waktu tu tapi si otak hantar mesej kalau dia makan, dia akan lambat sampai tempat kerja. Dalam masa yg sama si perut pon hantar mesej nak makan benda-benda sedap kat otak dan mamat tu pon terliur.
Lepastu, otak cepat-cepat sanggah dengan hantar mesej kat mamat tu, klu dia makan banyak dia jadi gemuk. Kalau gemuk dia akan mati dengan sadis sebab obesity.
Mamat tu pon terus berjalan meninggalkan restoran tu. Perut jadi sedih. Dah sampai office, ada pergelutan berlaku antara otak dan hati.
Si otak nak masuk office sebelum pukul 9 sbb otak fikir kalau dia lambat, dia akan kena buang kerja. Kalau dia kena buang kerja dia takda duit untuk beli makanan dan sebagainya. Kalau dia tak makan dia akan mati dengan sadis.Tapi hati taknak masuk. Dia nak pergi lepak-lepak ambil angin dulu jadi dia refuse. Lepastu otak tu buat apa tau, dia tarik tali-tali tadi daripada semua organ.
Jadi diorang tak boleh nk hantar reaksi yg diorang nak. Mamat tu terus masuk office buat kerja macam biasa. Dia jadi muram. Dia buat kerja tapi muka dia masam dan sedih. Aku macam touching sangat kat part tu sebab aku rasa kebebasan kita disekat-sekat. Masa tu aku bayang akulah mamat tu hahaha.
Dalam diri kita ni ada hati dan perut yg nakkan macam-macam. Kita nak makan benda yg kita suka, kita nak buat benda yg kita rasa kita nak buat tapi orang sekeliling kita ni macam otak. Orang terdekat biasanya. Diorang mengarah kita untuk buat apa yg diorang nak dan kita akan diugut kalau cuba melawan contohnya diorang tarik kau daripada join benda-benda yg kau suka, diorang tarik kau punya duit poket jadi kau dapat makan nasi dengan telur je, diorang tarik kau daripada buat apa yg kau suka. Bila semua benda ni ditarik, kita sebagai orang yg ditarik takkan rasa bahagia sbb kehidupan kita orang lain yg kawal. Klimaksnya, bila si otak nampak mamat ni sedih dia pon terpikir kenapa mamat tu jadi macam tu? Baru dia sedar yg dia dah tarik tali-tali milik organ lain. Diorang tak dapat nak hantar mesej tentang apa yg diorang nak. Jadi otak pon lepaskan balik tali tu. Mamat tu pon terus senyun dan happy.
Mesej filem ni simple je. Dalam hidup ni kita mula dgn kelahiran dan diakhiri dgn kematiaan. Semua orang akan mati. Ini satu benda yg tak boleh disangkal. Dalam tempoh kita hidup dan mati ni rugilah kalau kita tak lalui semua benda yg kita suka sebab ni hidup kita.
Kita berhak ke atas hidup kita. Kenapa orang lain perlu kawal hidup kita? Memang ada orang yg penakut macam ni. Dia nak buat tapi dia rasa, "kalau aku luahkan apa yg aku rasa, apa pulak pandangan orang nanti kat aku". Atau pon, "aku nak pergi travel kat Australia tapi macam mana kalau nanti aku kena culik lepastu kena mati kena bunuh?". Kita semua akan mati kot. Kita expect risiko tak datang ke dalam hidup ni? Jadi risiko memang datang. Adakah kita nak mati dengan mengelak semua risiko tapi kita masih mati? atau kita nak mati dengan puas buat semua benda yg kita nak? Kita hadapi risiko, kita selesaikan risiko. Mana yg lebih berharga kat sisi kita? Yang paling penting adalah sama ada diri kita happy ke tak. Sebab yg akan hidup dgn diri kita sampai mati adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain. Kalau kita sendiri tak boleh nak terima diri kita seadanya, siapa lagi nak terima? Kita tak perlukan pon orang lain untuk terima diri ni. Friend recognition, crowd public recognition. Tak perlu semua tu. Yang penting diri kita. Aku bukan nak membongkak yg aku tak perlukan recognition orang lain. Tak. Tapi aku dah rasa yg mengharapkan recognition dan penghargaan orang ni cuma menjadikan hati aku kecewa dan sedih. Jadi aku taknaklah harap. Aku berharap kat diri aku macam, takpelah asalkan diri aku happy. Walaupon kadang-kadang aku akan menghadapi masalah dilema nak happy kan diri aku ke nak happy kan orang lain?
Memang penting untuk membahagiakan family, girlfriend dan kawan-kawan. Dan apa yg lagi penting adalah mula membahagiakan diri kita dulu (y).
No comments:
Post a Comment