Monday, July 16, 2018

Mari kenal PENDANG..HUHUHU!!

Pendang bukanlah tempat yang hulu seperti apa yang kawan-kawan jangkakan😂.So,dengan adanya blog ni mari kita kenali tempat saya membesar Pendang Kedah Darul Aman.

Mai kita tengok sejarah Pendang luu..

Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.



Next,tempat-tempat menarik di Pendang yang anda boleh kunjungi

1)Pendang Lake Resort

Tempat yang nyaman untuk meluangkan masa Bersama keluarga.Pemandangannya dikelilingi kawasan sawah padi yang pasti mewujudkan panaroma indah dan mendamaikan selain penggunaan landskap yang menhijau serta tasik yang luas dan tenang memberikan pengalaman indah alam semulajadi.








2)Mee Udang Mairasa

Lokasi Mee Udang ini adalah berhampiran dengan plaza tol Pendang.Turun sahaja daripada tol Pendang, belok ke kiri dan anda boleh nampak restoran ini.Alamat tetap restoran ini adalah Persiaran Utama, Jalan Kota Sarang Semut, 06700 Pendang Kedah

Artikel Penuh: https://www.orangkedah.com/mee-udang-besar-di-pendang-kedah.html
© orangkedah.com

hang tgk udang diaa...😋


No comments:

Post a Comment

Long Rowing

Assalamualaikum. Long Rowing This is a story of how I lead a kayaking race expedition to Bunga Mas 6. Our expedition were joined by ...